Wednesday 5 March 2014

PROJEK HUJUNG MINGGU...NYUM2

HUJUNG MINGGU

Pagi sesudah subuh, lepas tido sekejap (tak baik tido lepas subuh,rezeki tak masuk, peringatan untuk aku jugak...hmmmm...)

Bangun siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, nak makan apa pagi ni...hmmm...buka periuk,baki kari semalam ada lagi (perangat je la..), ahaaa...makan lempeng je la, anak-anak mesti suka...

Operasi membancuh tepung pun bermula, masa ni datang la rakyat-rakyat beta yang sibuk nak tolong...bancuh tepung je kot...(hai la anak-anak). Siap bancuh, lenggang la atas non stick pan...makan dengan kari semalam memang terangkat, buat nescafe 'o' kurang manis panas-panas untuk encik suami dan milo sedap untuk anak-anak..(untuk mama teh 'o' wangi la...hmmm...sedapnya..). Masing-masing mengadap rezeki di pagi hari dengan khusyuk...(sedap la tu...). Anak-anak memang suka sangat dengan lempeng kosong tak de apa-apa ni. Bahan-bahan dia, tepung - ikut suka nak banyak mana, garam secukup rasa, air - agak-agaklah (tak pekat sangat tak cair sangat) dan minyak sikit (tujuannya untuk tak nak bagi melekat kat kuali). Bancuh je semua (kecuali minyak), dah sebati masukkan minyak...boleh la nak lenggang atas dapur... Anak-anak aku boleh habiskan sorang 3 keping (anggaran saiz besar pinggan nasi tu...), lepas tu senyap tak kata apa, mau tak nya perut dah kenyang sangat macam ular sawa dah aku tengok...

Lepas makan pagi, aku dan encik suami bersiap-siap nak ke Pekan Nat (gelaran bagi orang utara untuk tempat jualan barang-barang keperluan harian macam Pasar Tani), nak beli barang-barang basah untuk keperluan dua tiga hari ni...Macam-macam la aku borong, Pekan Nat ni seminggu dua kali, hari Jumaat dan Sabtu. Tempat berbeza, tapi aku suka pergi yang hari Jumaat punya, tempat dia tak sesak sangat...


Tengahari.....nak masak apa ye...aduh pening jugak, hmmmm... buat nasi minyak simple-simple dah la...diiringi pulak dengan kari ayam, acar timun (buat pedas sikit) dan papadom, buat air laici sedap jugak...Ok, mari kita mulakan operasi.


Nasi minyak simple

4 pot beras - dicuci dan ditos (beras biasa pun tak pe, nama pun simple kan..)
2 batang lobak merah - diparut halus
2 sudu besar minyak sapi 

3 cm halia dan 2 ulas bawang besar - dua bahan ni diblend kasar-kasar
2-3 helai daun pandan
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis (agak-agak je...)

air, garam dan gula secukup rasa


cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi.
  2. Tumiskan daun pandan dan segala bunga-bungaan tu.
  3. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi.
  4. Masukkan beras dan lobak merah.
  5. Masukkan air secukupnya
  6. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Biarkan ia masak seperti biasa dan sedia untuk dihidang.

Sedapnyaa...anak-anak memang ngadap betul kalau mama diorang ni buat nasi minyak simple ni, nama je simple..tapi sedappp.


Petang...hmmm...buat donut pun sodap. Aktiviti menguli biasa akan dimulakan selepas solat asar dan akan ada punya lah rakyat-rakyat beta yang sedia 'membantu'. Sorang nak ayak tepung, sorang nak tolong masukkan butter, sorang nak tolong blend gula...berebut-rebut, tapi seronok. Dah siap bolehlah  dihidangkan untuk minum petang...Papa biasa lah, nescafe 'o' kurang manis panas-panas, anak-anak milo suam la...mama? teh wangi laa...hmmmm...sedapnya aroma dia.


hasil pengulian dengan 'pembantu' seramai 3 orang..


amacam...jadi tak donut aku? nampak sedapkan? memang sedap pun...hehehe, yang jalin tu jangan tak tahu...sorang satu untuk rakyat-rakyat beta la...yang bulat tecik-tecik tu, ala...yg tengah-tengah donut tu...aku malas nak uli semula...so ni la jadinya...hehehe..donut tu aku aku goreng separuh masak, nak buat frozen..senang nanti kalau ada permintaan dari rakyat jelata, goreng je sekali lagi....

Yang bestnya, hari minggu la kita nak masak sedap-sedap untuk seisi keluarga, makan ramai-ramai memang seronok, anak-anak aku pun memang tak biasa makan sendiri-sendiri...diorang suka makan berebut.

K jumpa la lain kali, bye.