Tuesday 30 December 2014

HOBI LAMA DATANG KEMBALI


Salam semua...

Sejak preggy ni kan, aku teringatkan hobi lama yang dah lama aku simpan dalam kotak. Simpan kemas-kemas dalam bilik stor...hmmmmm

Ntah kenapa tiba-tiba bersemangat nak mulakan semula apa yang menjadi minat aku sejak di bangku sekolah menengah lagi

Ni aku kongsi gambar apa yang aku sambung kembali setelah hampir 7 tahun aku tinggalkan tanpa siapkan...(malasnyalah masa tu kan...)

Yang kat atas ni dah siap dah hampir sebulan yang lalu, sekarang ni aku tengah try buat head band untuk baby gurl pulak...(sebenarnya aku ada projek baik dengan officemate aku ni...hehehe)


 
cantik tak??perasannya....


Ada lagi in progress, hai...tak sabar nak tengok hasilnya...

Sabar ye...nanti aku kongsi dengan korang...

Bye, jumpa lagi...

Monday 29 December 2014

HALOOOO.....

Assalamualaikum

Feeww...dah lama aku tak singgah blog aku ni... Dah berbulan tergantung dengan perkataan "Assalamualaikum..."

Maaf le semua, aku busy dengan kehidupan aku, dengan assignment, anak-anak, hubby yang cubby tu, ofis, my home sweet home and my baby bum yang makin besar ni....(eh eh...ngandung ke??)

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk aku dan hubby the cubby untuk merasai kembali pengalaman hampir 7 tahun dulu... (setelah keguguran bulan 12 2013...terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami suami isteri merasai nikmat ini sekali lagi...Alhamdulillah) 

My baby bum dah makin nampak, all most 5 month, tak sabar nak rasai pengalaman di bilik bersalin sekali lagi, InsyaAllah...


nampak tak? hehehe

Idea dah banyak menimbun...bila simpan lama-lama, ada separuh yang dah tak ingat (faktor usia). 

Just singgah untuk sapa korang, azam tahun baru.....nak update blog dengan lebih gigih lagi...(ye la tu...)

K, jumpa lagi korang....

Wednesday 18 June 2014

RAMADHAN MENJELMA LAGI

Salam semua,

Pejam celik - pejam celik, dah masuk Sya'ban, tak lama lagi dh nak Ramadhan. Dah habih ganti pose ke para muslimin semua? Cepat, dah tinggal tak berapa hari je lagi ni.

Cakap pasal puasa dan ganti puasa, teringat aku satu kejadian yang berlaku ke atas diri aku sendiri masa aku ganti puasa aku tahun lepas. Kelakar pun ada, rasa macam bengong pun ada...nak tau apa ceritanya? Jom...

Satu hari tu aku ganti puasa aku, hari tu jugak aku dah janji dengan anak-anak kesayangan aku ni nak bawa pegi beli kasut. Aku balik kerja macam biasa, lepas ambik diorang dari rumah, aku dan my hubby terus bawak diorang pegi ke kedai kasut yang dekat dengan rumah. 



Sampai je depan kedai tu, Syira si bongsu...(dia bahasakan dirinya as 'Syiqha' - dia ni pelat huruf 'r', pandai-pandai la korang nk pronouns macamana...hehehe) ternampak la satu stall ni jual kuih-kuih dan air untuk minum petang. Dia pun merengek nak air, aku pun belikan je la...kalau tak jenuh aku nak kena tarik tangan dia. Aku beli sorang satu, along satu, abang satu, Syira satu dan mama + papa satu...kuih sikit. Sambil-sambil nak masuk ke kedai kasut tu, pakat-pakat dok sedut la air masing-masing. Dalam hati aku kata 'Napelah hari ni aku haus sangat ek....srupp...sruppp...' sambil sedut air sirap yang ada biji selasih tu. 'Hmmm...hilang dahaga aku...' tak sedo lagi tu...

"Pa, nah ambik air ni minum, ma nak tengok kasut anak-anak jap.." Aku serah baton kat my hubby. Dia sedut sikit lepas tu dia bagi kat aku balik, aku pun sedut la dengan penuh nikmat...Tiba-tiba..."Pa! Ma posa laaaaa....huhuhu...." Suami aku beliakkan mata, lepas tu dia gelakkan aku...huhuhu...Aku betul-betul lupa la...kan semua orang tak puasa, aku je yang puasa, dalam tak sedar aku terhirup air sirap yang mengiurkan tu...dah hampir kosong dah pun bekas tu...macamana la aku boleh terlupa... Kelakar la pulak.

"Tak pe ma...ma kan tak sengaja..." Hubby aku saja nak sedapkan hati aku... Memang la tak sengaja, tapi aku dah hampir kenyang dah ni...hehehe...nyanyuk betul, faktor usia...

Ok semua, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Tuesday 3 June 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU

01 Jun 2014

Selamat Pengantin Baru Dik...




Selesai sudah hari yang paling sibuk bagi penghuni rumah mak dan abah aku di Pendang, Kedah dan dengan berakhirnya majlis perkahwinan ini bermakna berakhir jugalah kenduri kahwin bagi keluarga aku (maknanya yang last la, adik bongsu aku ni...). Tapi jangan sangka dengan berakhirnya majlis ni maka selesai sudah segala-galanya, part nak mengemas pun makan masa juga tau...tak pe la, buat sikit-sikit mana yang mampu..

Aku? Biasa la aku ni...akan ambil part kerja dapur...(orang dapur kan...) dan yang paling special sekali untuk adik aku dan isteri....taraaaaa...


sebenarnya kek ni dua tingkat...


yang bawah dah selamat...hehehe

Ok, apa-apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU untuk adik aku dan pasangan, semoga berkekalan hingga hujung nyawa...

Jumpa lagi...

Saturday 17 May 2014

SELAMAT HARI GURU

Salam semua,

'SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru-guru di Malaysia. Terima kasih kerana menjadi pendidik yang cemerlang dalam mendidik anak bangsa kita. 

Sebagai menghargai jasa guru2 di sekolah anak-anak aku, aku ada buat special cup cakes untuk diorang. 


marble cup cakes with cream cheese frosting




TQ cikgu kerana mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna


Special untuk cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Pendang, Kedah

Semoga berjaya mendidik anak-anak bangsa kita sehingga menjadi insan yang cemerlang.

TERIMA KASIH CIKGU

Saturday 26 April 2014

MAI..MAI...MAI...

Puasa tak lama lagi dah...bahang kehangatan puasa sudah terasa, kalau dah sebut pasal puasa...mesti la lepas tu raya kan...hehehehe (sambil gosok kedua2 belah tangan)...dah habih ganti puasa ke??

Ni aku nak promote kuih raya yang aku buat sendiri ni...(untuk yang duduk area Anak Bukit & Pendang sahaja...) dah bagi sample untuk geng2 kat ofis, biasa la customers always right...ada la komen2 yang membina...terima kasih kawan2, lepas ni aku buat yang baru aku bawak untuk korang rasa ek...


sorry, gambar tak la cantik sangat, aku kan amatur...

Yang sebelah kiri tu nama dia 'Biskut Dahlia (Samperit)', sebekas RM 18, ada 52 biji semuanya dan yang kanan pulak 'Biskut Rosette Coklat', sebekas RM 18 jugak, ada 60 biji semuanya... Sapa yang berminat order dalam blog ni k...Tapi ingat, untuk penduduk area Anak Bukit & Pendang sahaja tau... yang duduk luar daerah tengok je la...

p/s : kawan2, nanti aku bawak Biskut Dahlia versi kurang manis & lembut sikit ek...

Bye, jumpa lagi...

SEJUK TANGAN SUAMI...Alhamdulillah

Salam semua,

Hari ni nak kongsi gambar tanaman yang ditanam oleh suamiku yang tersayang.


ni pokok bendi...aku tak percaya dia boleh membesar macam ni sekali...


hah...ni dia tengok dari jauh sikit...


ni pokok cili burung (orang utara panggil, cabai melaka)


ni pun pokok cabai melaka, tanam tepi longkang je...

Hai...tak sangka pulak tangan suamiku menjadi...gemuk-gemuk pokok dia...hhmmm...macam tuan empunya badan...hehehe

K, jumpa lain kali...chow...

Wednesday 23 April 2014

CANTIKKAN BLOG aka TUKAR TEMPLATE

Salam semua,

Hari ni tak busy sangat, jadinya aku pun try2 la cari cara2 nak cantikkan blog aku ni...bila dah jadi, bukan main seronok lagi....yang bestnya, dia tak ganggu blog kita...cantik tak blog aku?

Nak try tak? Korang masuk blog melalui ni  bloggerindraft.blogspot.com dan korang search The Blogger Template Designer & korang boleh belajar step by step macamana nak cantikkan blog (tukar template) korang... credit to 'Blogger In Draft'


Selamat mencuba...

- CHOW -

Tuesday 22 April 2014

ANTARA MIMPI & REALITI

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman yang tak dapat aku lupakan, kan hari tu aku dah janji nak ceritakan kat korang pasal ni…macam ni ceritanya…


Hatiku riang dan tak sabar untuk menyambut insan baru dalam keluarga kami, insan kecil yang ditunggu-tunggu selama 6 tahun. Macam tak percaya yang aku berbadan dua sekali lagi.

Malam ni terasa seperti biasa, selesai mengerjakan solat isyak…aku pun bersiap-siap untuk tidur dan entah bila aku terlelap… Dalam tidur aku bermimpi, aku selamat  bersalin anak lelaki, tiada rasa sakit...waktu aku mulai menyusu...dia tak nak…dan aku pun terjaga. Aku mula terfikir, adakah mimpiku ini ada maksud tersirat ataupun hanya mainan tidur…


24/12/2013 (pagi - tengahari) – Di Kampung Abah

Abah dan mak sibuk mengerjakan sawah, penat…dengan keadaan cuaca yang panas, kulit abah pun dah terbakar teruk…tapi demi tanah pusaka peninggalan arwah tok dan tok wan, abah kerjakan juga walaupun penat…semua hasil akan dibahagikan sama rata antara 5 orang adik beradik abah.

Tapi, hari ni ceritanya tidak seperti biasa. Setelah penat mengerjakan sawah di waktu pagi, abah merebahkan badan sekejap untuk menghilangkan penat pada tengaharinya, sementara mak pula sibuk memasak untuk makan tengahari diorang. Tanpa disedari, abah pun terlena dan bermimpi. Mimpikan salah seorang anaknya…hmmmm..iaitu aku, telah mengalami keguguran, abah meracau-racau…


24/12/2013 (pagi - tengahari) – Di Rumahku

Seperti hari-hari kerja yang lain, sejurus mandi dan menunaikan solat subuh, aku akan bangun mengejutkan anak-anak, bagiku hari ni tiada kelainan..sama je dengan hari-hari yang lain. Setelah siap menggosok baju, aku terasa sesuatu yang keluar dari….korang dapat agak kan?? Sesuatu yang tak sepatutnya berlaku bagi orang berbadan dua seperti aku…Apa yang aku takuti telah berlaku, ada pendarahan, tapi aku sedikit pun tak rasa sakit. Dalam hati berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk akan berlaku…(aku cukup risaukan insan kecil ni…)

Aku beritahu suami dan kami sepakat untuk ke klinik untuk buat pemeriksaan…Klinik berdekatan dengan rumah aku tiada kemudahan yang lengkap, jadi aku dirujuk Hospital Besar di Alor Setar. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor menerangkan kepadaku bahawa adalah perkara biasa mengalami pendarahan di awal kehamilan, aku cuba untuk mempercayai kata-kata doktor (kalau benar kata-kata doktor, Alhamdulillah, tapi aku rasa kelainannya…ada bezanya dengan anak-anak aku yang lain… Ya Allah, jika benar rezeki ni Kau hanya pinjamkan sekejap saja untuk aku dan suami…aku redha…)

Doktor telah menetapkan temujanji dalam 2 minggu lagi dan aku dibekalkan dengan hormone untuk kuatkan rahim…aku dibenarkan berehat di rumah selama 3 hari.Suami tak benarkan aku beritahu mak dan abah, takut diorang risau katanya. Aku ikutkan je…mungkin betul katanya.


25/12/2013 – Di Rumah

Aku mengikut saranan doktor supaya tidak melakukan sebarang kerja berat, pendarahan masih lagi ada…dalam hatiku berdoa dan berharap yang gerak hati aku ni tak betul…Ya Allah, semoga anak ini selamat…amin.

Lepas solat maghrib, aku, suami dan anak-anak pergi ke rumah mak dan abah, saja…tujuannya untuk melihat persalinan yang akan dipakai ketika majlis perkahwinan adik bongsuku tak lama lagi…Aku dah mulai rasa lain macam, tapi aku tak nak mak dan abah perasan apa yang sedang aku tanggung ni. Tiba-tiba mak tanya “Hang macamana? Nak buat baju apa? Baju kurung moden rasanya tak celuih (muat) dah nanti…” sambil senyum dia tengok aku, aduhhh…macamana ni…Hmmm..nak tak nak, kena juga bagitahu mak dan abah…Aku pun cakap kat mak, “Ntah la dan ka tak dan mak…cek tengah bleeding ni, tak tau lagi macamana…” Bulat mata mak tengok aku…”Laa…hang ok ka dak ni? Tidoq rumah mak ja la malam ni…” Kata mak lagi dengan muka risau…”Tak pa la mak, budak-budak ni sekolah esok, susah jugak kalau tidoq sini…tak pa aih..mak jangan risau na…kalau jadi apa-apa cek call mak bagitau…” Kata aku pada mak…mak setuju dengan syarat apa-apa hal, call dia dulu…

Lepas solat isyak, kami semua balik ke rumah…setibanya di rumah, keadaan aku jadi seperti tak terkawal, darah keluar membuak-buak…dan aku mulai sakit macam nak bersalin, mulanya sakit sikit-sikit je, lama-lama aku dah tak tahan…sakit sangat, aku dan suami sepakat untuk ke Unit Kecemasan, Hospital Besar…mak dan abah diberitahu dan diorang bergegas ke rumahku untuk teman anak-anakku sementara aku dan suami ke hospital.

Setibanya di Unit Kecemasan, suami mendaftarkan aku dan nomborku terus dipanggil. Pemeriksaan dilakukan dan doktor mengesahkan yang aku telah mengalami keguguran…Ya Allah, gerak hatiku memang benar dan aku redha Ya Allah…Menurut pemeriksaan doktor, tiada lagi yang tinggal setelah dia keluarkan janin yang masih kecil tu…aku sempat melihatnya, saiznya cuma sebesar separuh penumbuk orang dewasa. Tak pe lah…aku redha, dah mungkin bukan rezeki aku dan suami nak tambah ahli keluarga. Aku di benarkan balik pada pagi 26/12/2013 dan diberikan cuti sakit selama 2 minggu lagi. 05/01/2014 aku diminta untuk datang ke hospital lagi untuk pemeriksaan susulan.

Aku pun menjalani hidup sebagai orang sakit selama 2 minggu lagi. Terima kasih suamiku kerana menjagaku sebaik mungkin sampaikan mak pun dah tak risau…(hehehe…sedap papa masak untuk mama).


05/01/2014 – Hospital Besar, Alor Setar

“Hmmmm…masa akak gugur hari tu, doktor yang rawat akak ada cakap apa-apa tak?” Tanya doktor pada aku sambil mata dia melihat monitor hitam putih di sebelah aku. Aku meggeleng padanya, tanda tiada apa-apa pesanan dari doktor yang merawat aku ketika aku gugur tempoh hari. Aku risau memandang muka doktor ni… Dahi dia berkerut-kerut…aduh..berita apa pulak yang akan aku terima hari ni??

“Akak, bolah tak akak masuk wad hari ni??” Tanya doktor tu sambil pandang muka aku…”Hah…awatnya doktor??” Tanya aku padanya…”Akak kena buat D & C sebab ada lagi ni, keluar tak habis hari tu…” Katanya lagi… Aduh..ni yang buat aku seram sejuk ni…dah tu nak kata apa lagi, ye kan je la…Serah diri lagi la aku kat hospital malam ni…tak bestnya tidur kat hospital…Redha je la…

Esoknya aku dijadualkan untuk D & C awal pagi, tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat nak dielakkan, giliran aku tiba lepas makan tengahari (aku tak boleh makan, kena puasa..huhu), suami pulak bosan menunggu aku…akhirnya dia pergi derma darah di lobi hospital (bagus jugak, buat amal jariah…dapat pahala…hehe), pukul 1.30 petang giliran aku pun tiba…aku disiapkan untuk dibawa ke Operation Theatre, sampai di OT, aku diberi penerangan serba sedikit oleh Pakar Bius yang bertugas hari tu…

Pengalaman pertama masuk OT, masih lagi aku ingat, aku pandang jam dinding, hmmm…pukul 1.50 petang, Pakar Bius bersedia untuk memulakan tugasnya, aku diminta membaca bismillah dan mengucap…lepas tu aku dah tak ingat apa-apa, sedar-sedar je dah ada di luar OT. Melihatkan aku dah sedar, nurse-nurse yang bertugas menyiapkan aku untuk dibawa ke wad biasa. Sambil-sambil tolak aku ke wad, diorang sembang-sembang pasal satu kes ni…kes ada patient yang nampak benda mistik dalam bilik wad yang menempatkan 4 orang patient sebilik…Aduh…buat seram aku je la…

Tiba waktu pemeriksaan doktor, aku dilihat dah ok…aku dah boleh bangun jalan-jalan lagi…hehehe.. Doktor tanya aku “Nak balik bila?? Malam ni ke esok?”…Laju je aku jawan “Malam ni Doktor” Dengan penuh makna aku pandang je muka doktor tu…(hehehe…aku sanggup balik malam ni dari tidur diganggu oleh benda-benda yang pelik-pelik di hospital ni…). Aku dibenarkan balik malam tu juga dan diberi cuti sakit selama 2 minggu lagi…

Dua tiga hari selepas balik dari hospital, abah pun ceritakan pasal mimpi dia tempoh hari…Kata abah “Abah malaih nak habaq pasal mimpi tu, abah anggap sebagai mainan tidoq…tapi mimpi tu seakan-akan betoi…abah tak sangka memang betoi-betoi jadi…” Tak pa la abah, mungkin Allah nak bagi tahu melalui mimpi abah tu…

Bak kata mak, ada hikmah di sebalik semua ni…jadikan pengalaman sebagai panduan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita nanti. Terima kasih mak dan abah sebab bantu cek di saat genting macam ni dan istimewa sekali buat suamiku, terima kasih sayang sebab jaga mama siang dan malam, love u so much…Buat anak-anak, kita cuma mampu merancang, hanya Allah yang menentukannya…kita redha je ye sayang…

Nampak tak kesan jarum tu? Aduyai....sakit...


Sayang semua…chow



Wednesday 5 March 2014

PROJEK HUJUNG MINGGU...NYUM2

HUJUNG MINGGU

Pagi sesudah subuh, lepas tido sekejap (tak baik tido lepas subuh,rezeki tak masuk, peringatan untuk aku jugak...hmmmm...)

Bangun siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, nak makan apa pagi ni...hmmm...buka periuk,baki kari semalam ada lagi (perangat je la..), ahaaa...makan lempeng je la, anak-anak mesti suka...

Operasi membancuh tepung pun bermula, masa ni datang la rakyat-rakyat beta yang sibuk nak tolong...bancuh tepung je kot...(hai la anak-anak). Siap bancuh, lenggang la atas non stick pan...makan dengan kari semalam memang terangkat, buat nescafe 'o' kurang manis panas-panas untuk encik suami dan milo sedap untuk anak-anak..(untuk mama teh 'o' wangi la...hmmm...sedapnya..). Masing-masing mengadap rezeki di pagi hari dengan khusyuk...(sedap la tu...). Anak-anak memang suka sangat dengan lempeng kosong tak de apa-apa ni. Bahan-bahan dia, tepung - ikut suka nak banyak mana, garam secukup rasa, air - agak-agaklah (tak pekat sangat tak cair sangat) dan minyak sikit (tujuannya untuk tak nak bagi melekat kat kuali). Bancuh je semua (kecuali minyak), dah sebati masukkan minyak...boleh la nak lenggang atas dapur... Anak-anak aku boleh habiskan sorang 3 keping (anggaran saiz besar pinggan nasi tu...), lepas tu senyap tak kata apa, mau tak nya perut dah kenyang sangat macam ular sawa dah aku tengok...

Lepas makan pagi, aku dan encik suami bersiap-siap nak ke Pekan Nat (gelaran bagi orang utara untuk tempat jualan barang-barang keperluan harian macam Pasar Tani), nak beli barang-barang basah untuk keperluan dua tiga hari ni...Macam-macam la aku borong, Pekan Nat ni seminggu dua kali, hari Jumaat dan Sabtu. Tempat berbeza, tapi aku suka pergi yang hari Jumaat punya, tempat dia tak sesak sangat...


Tengahari.....nak masak apa ye...aduh pening jugak, hmmmm... buat nasi minyak simple-simple dah la...diiringi pulak dengan kari ayam, acar timun (buat pedas sikit) dan papadom, buat air laici sedap jugak...Ok, mari kita mulakan operasi.


Nasi minyak simple

4 pot beras - dicuci dan ditos (beras biasa pun tak pe, nama pun simple kan..)
2 batang lobak merah - diparut halus
2 sudu besar minyak sapi 

3 cm halia dan 2 ulas bawang besar - dua bahan ni diblend kasar-kasar
2-3 helai daun pandan
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis (agak-agak je...)

air, garam dan gula secukup rasa


cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi.
  2. Tumiskan daun pandan dan segala bunga-bungaan tu.
  3. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi.
  4. Masukkan beras dan lobak merah.
  5. Masukkan air secukupnya
  6. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Biarkan ia masak seperti biasa dan sedia untuk dihidang.

Sedapnyaa...anak-anak memang ngadap betul kalau mama diorang ni buat nasi minyak simple ni, nama je simple..tapi sedappp.


Petang...hmmm...buat donut pun sodap. Aktiviti menguli biasa akan dimulakan selepas solat asar dan akan ada punya lah rakyat-rakyat beta yang sedia 'membantu'. Sorang nak ayak tepung, sorang nak tolong masukkan butter, sorang nak tolong blend gula...berebut-rebut, tapi seronok. Dah siap bolehlah  dihidangkan untuk minum petang...Papa biasa lah, nescafe 'o' kurang manis panas-panas, anak-anak milo suam la...mama? teh wangi laa...hmmmm...sedapnya aroma dia.


hasil pengulian dengan 'pembantu' seramai 3 orang..


amacam...jadi tak donut aku? nampak sedapkan? memang sedap pun...hehehe, yang jalin tu jangan tak tahu...sorang satu untuk rakyat-rakyat beta la...yang bulat tecik-tecik tu, ala...yg tengah-tengah donut tu...aku malas nak uli semula...so ni la jadinya...hehehe..donut tu aku aku goreng separuh masak, nak buat frozen..senang nanti kalau ada permintaan dari rakyat jelata, goreng je sekali lagi....

Yang bestnya, hari minggu la kita nak masak sedap-sedap untuk seisi keluarga, makan ramai-ramai memang seronok, anak-anak aku pun memang tak biasa makan sendiri-sendiri...diorang suka makan berebut.

K jumpa la lain kali, bye.


Sunday 23 February 2014

TEMPE DAN SAYUR LODEH

Salam semua...


Cuaca di Utara sekarang ni sangat la panasnye...Alhamdulillah (nk kata apa lagi kan..), rasanya dah dekat 2 bulan tak ujan...sian sawah bendang, kering kontang...Bak kata abah aku, "Padi abah menjadi tahun ni, tapi di sebabkan kemarau, padi tak berapa berisi...". Kesian abah, redha je la bah, nak buat macamana, bukan kuasa kita...


Ai...panas-panas ni macam-macam benda aku teringin nak makan. Tiba-tiba teringat betapa payahnya nak dapatkan tempe kat Kedah ni, punya la susah...kebarangkalian untuk bertembung dengan encik tempe ni, ada la dalam 1 kali sebulan... Tu pun belum tentu...ehehehe.


Kalau dapat tempe pun sedap gak, boleh buat sayur lodeh...ala yang orang makan dengan nasi impit tu...lontong la...apa la korang ni, tu pun tak tahu...


Search punya search, dapat la aku satu resepi ni, terima kasihla kepada pemilik blog Mama Cupie's Connermudah sangat...nak try tak? Jom...



gambar sekadar hiasan ye..




KUAH LODEH


Bahan-bahan:

Bawang putih 3 ulas

Bawang merah 7 biji

1/2 inci kunyit hidup

Sedikit udang kering

Semuanya di blend halus dengan sikit air


Sebatang serai - dititik


2 keping tauhu

1 keping tempe
Semuanya di goreng dan di potong segiempat

Secawan isi ayam

10 ekor udang sederhana di buang kulit

5 batang kacang panjang

3 helai daun kubis di potong sederhana

1 batang karot di potong dadu

2 biji ubi kentang di potong dadu

1 biji terung di potong dadu

Sedikit suun dan sayur pucuk kacang soya di rendam

1 mangkuk santan

1- 2 mangkuk air jika perlu


Cara membuatnya: 

1. Panaskan minyak. Tumis serai bersama bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu.

3. Bila separa empuk, masukkan isi ayam dan sedikit air.

4. Bila ayam sudah separa masak, masukkan santan dan air. 

5. Seterusnya masukkan udang dan sayuran yang lain. 

6. Bila mendidih, masukkan tempe dan tauhu yang sudah digoreng tadi. 

7. Perasakan dengan garam dan gula. 



Nak sedap lagi makan dengan sambal kerang...Aduhh...meleleh air liur...





SAMBAL KERANG 

(ni resepi bonda aku) 


Sekilo Kerang - rebus dengan sedikit garam dan kupaskan kulitnya 


Bahan A 

Sebatang serai - dititik 

Seulas bawang merah - dimayang

Seulas bawang putih - dimayang

Untuk menumis



Bahan B

Seulas bawang besar di belah empat

2 ulas bawang putih

10 biji cili kering - direndam air panas hingga lembut

Semua ni dikisar halus

Asam jawa - dicampur sedikit air

Gula dan garam secukup rasa



Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga naik bau.

2. Masukkan bahan B, masukkan gula dan garam secukup rasa (petua mak, bila nak buat sambal tumis, katanya supaya cepat pecah minyak) dan biarkan mereneh hingga pecah minyak.

3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, kacau sedikit dan terus masukkan kerang.

4. Biarkan mendidih dan siap untuk dihidang.


Jom kita try buat, aduhhh...tak sabar dah rasanya nak buat ni...Kena pulak encik suami baru bagitau yang dia dah dapat tempe yang aku dok cari-cari selama ni. Terbaik la en suamiku sayang...

Ok lah...sampai jumpa lagi lain kali


Chow

Wednesday 12 February 2014

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

Salam semua,

Lama bebenor tak menulis apa-apa kat sini, rindu sangat-sangat...menghilangkan diri kejap, saja je nak tengok korang rindu aku ke tak..(sambil gelak-gelak nakal..) nanti lah aku cerita kat korang apa yang jadi sejak dua menjak ni...Tapi bukan hari ni, hari ni aku nak cerita pasal benda lain.

Tentang zaman persekolahan yang sangat menyeronokkan bagi aku. Lepas PMR aku melanjutkan pelajaran ke salah satu Sek Men Vokasional di Sungai Petani, Kedah. Bagi aku, inilah keputusan yang terbaik pernah aku buat. Aku memang enjoy myself. Terima kasih mak dan abah kerana menjadi pendorong.

Tahun 1996

Mulanya tahun ni, aku bergelar pelajar asrama. Di sinilah aku belajar susah senang hidup jauh dari keluarga, tapi aku seronok dapat hidup berdikari. Mulanya perkenalan dengan senior dan rakan-rakan satu dorm. Kumpulan kami memang happening, kena pulak satu kelas (Bakeri & Konfeksioneri) dan beberapa rakan dari course yang berlainan. Tiap-tiap minggu kenyang je budak-budak dorm, mau taknya, asal hari ada amali je...mesti bawak balik buat kenduri kat dorm. Nak makan apa? Pizza? Swedish Bread? Flan buah-buahan? Roti Nan? Cheesscake? hmmm...kenyang...erkkk

Hidup di asrama memang menyeronokkan, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. 

Tahun 1997

Tahun ambil SPM dan tahun akhir aku di sekolah tu. Sedih sangat nak tinggalkan kawan-kawan yang tak tau lagi bila boleh jumpa semula. 

Habis peperiksaan SPM masing-masing bawak diri, ada yang sambung belajar ada yang terus kawin. Aku? Masa ni aku buat keputusan yang salah, tapi aku tak pernah menyesal...

Aku terima tawaran satu Politeknik di Pantai Timur, pertengahan tahun 1998 aku mendaftar sebagai salah seorang pelajar di situ. Mulanya seronok, lama-lama jadi tak seronok sebab aku dah salah pilih course...memang terseksa kepala otak aku ni...

Tahun ni jugak aku ada kenal dengan sorang mamat ni, not my taste tapi ada sesuatu dengan dia ni yang buat aku tertarik. Dalam dok berteman tapi mesra aku pulun jugak untuk habiskan study, tapi apakan daya...kemalasan melebihi segalanya. Aku nekad untuk berhenti dan balik kampung je...

Mamat tu? Masih lagi contact, teman tapi mesra dah jadi teman yang sangat mesra.

Tahun 2002

Aku selamat diijabkabulkan dengan insan teristimewa...ye la...sapa lagi, mamat tu la...walaupun dulu aku kata, not my taste, namun kini dialah segala-galanya...setelah bergelar isteri pada usia yang muda, baru aku boleh berfikir sikit secara matang...masa ni la baru nak sambung belajar semula apa yang sekerat jalan dulu. Orang lain boleh buat, kenapa aku tak kan...

InsyaAllah...nak seribu daya, tak nak seribu dalih....

Ida, Ina, Kasuma, Shida, Aishah, Azee...rindu korang semua

Jom aku nak kongsi sikit aktiviti terkini sahabat aku sorang ni.

Azee Azwani...dia ni memang kental dari dulu lagi, sekarang dah jadi tokey...all the best my fren

Walaupun dia ada Degree, Master & segala bagai, tapi tengok la dia...dia buat apa yang dia suka. Tengok dia ni tiba-tiba timbul ilham..."hmmmm...aku pun nak niaga jugak la..." Korang nak beli ke? Tapi tak tau nak jual apa lagi...hmmmm

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

K, chow dulu, jumpa lagi next time...