Wednesday, 12 February 2014

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

Salam semua,

Lama bebenor tak menulis apa-apa kat sini, rindu sangat-sangat...menghilangkan diri kejap, saja je nak tengok korang rindu aku ke tak..(sambil gelak-gelak nakal..) nanti lah aku cerita kat korang apa yang jadi sejak dua menjak ni...Tapi bukan hari ni, hari ni aku nak cerita pasal benda lain.

Tentang zaman persekolahan yang sangat menyeronokkan bagi aku. Lepas PMR aku melanjutkan pelajaran ke salah satu Sek Men Vokasional di Sungai Petani, Kedah. Bagi aku, inilah keputusan yang terbaik pernah aku buat. Aku memang enjoy myself. Terima kasih mak dan abah kerana menjadi pendorong.

Tahun 1996

Mulanya tahun ni, aku bergelar pelajar asrama. Di sinilah aku belajar susah senang hidup jauh dari keluarga, tapi aku seronok dapat hidup berdikari. Mulanya perkenalan dengan senior dan rakan-rakan satu dorm. Kumpulan kami memang happening, kena pulak satu kelas (Bakeri & Konfeksioneri) dan beberapa rakan dari course yang berlainan. Tiap-tiap minggu kenyang je budak-budak dorm, mau taknya, asal hari ada amali je...mesti bawak balik buat kenduri kat dorm. Nak makan apa? Pizza? Swedish Bread? Flan buah-buahan? Roti Nan? Cheesscake? hmmm...kenyang...erkkk

Hidup di asrama memang menyeronokkan, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. 

Tahun 1997

Tahun ambil SPM dan tahun akhir aku di sekolah tu. Sedih sangat nak tinggalkan kawan-kawan yang tak tau lagi bila boleh jumpa semula. 

Habis peperiksaan SPM masing-masing bawak diri, ada yang sambung belajar ada yang terus kawin. Aku? Masa ni aku buat keputusan yang salah, tapi aku tak pernah menyesal...

Aku terima tawaran satu Politeknik di Pantai Timur, pertengahan tahun 1998 aku mendaftar sebagai salah seorang pelajar di situ. Mulanya seronok, lama-lama jadi tak seronok sebab aku dah salah pilih course...memang terseksa kepala otak aku ni...

Tahun ni jugak aku ada kenal dengan sorang mamat ni, not my taste tapi ada sesuatu dengan dia ni yang buat aku tertarik. Dalam dok berteman tapi mesra aku pulun jugak untuk habiskan study, tapi apakan daya...kemalasan melebihi segalanya. Aku nekad untuk berhenti dan balik kampung je...

Mamat tu? Masih lagi contact, teman tapi mesra dah jadi teman yang sangat mesra.

Tahun 2002

Aku selamat diijabkabulkan dengan insan teristimewa...ye la...sapa lagi, mamat tu la...walaupun dulu aku kata, not my taste, namun kini dialah segala-galanya...setelah bergelar isteri pada usia yang muda, baru aku boleh berfikir sikit secara matang...masa ni la baru nak sambung belajar semula apa yang sekerat jalan dulu. Orang lain boleh buat, kenapa aku tak kan...

InsyaAllah...nak seribu daya, tak nak seribu dalih....

Ida, Ina, Kasuma, Shida, Aishah, Azee...rindu korang semua

Jom aku nak kongsi sikit aktiviti terkini sahabat aku sorang ni.

Azee Azwani...dia ni memang kental dari dulu lagi, sekarang dah jadi tokey...all the best my fren

Walaupun dia ada Degree, Master & segala bagai, tapi tengok la dia...dia buat apa yang dia suka. Tengok dia ni tiba-tiba timbul ilham..."hmmmm...aku pun nak niaga jugak la..." Korang nak beli ke? Tapi tak tau nak jual apa lagi...hmmmm

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

K, chow dulu, jumpa lagi next time...

No comments:

Post a Comment