Sunday 23 February 2014

TEMPE DAN SAYUR LODEH

Salam semua...


Cuaca di Utara sekarang ni sangat la panasnye...Alhamdulillah (nk kata apa lagi kan..), rasanya dah dekat 2 bulan tak ujan...sian sawah bendang, kering kontang...Bak kata abah aku, "Padi abah menjadi tahun ni, tapi di sebabkan kemarau, padi tak berapa berisi...". Kesian abah, redha je la bah, nak buat macamana, bukan kuasa kita...


Ai...panas-panas ni macam-macam benda aku teringin nak makan. Tiba-tiba teringat betapa payahnya nak dapatkan tempe kat Kedah ni, punya la susah...kebarangkalian untuk bertembung dengan encik tempe ni, ada la dalam 1 kali sebulan... Tu pun belum tentu...ehehehe.


Kalau dapat tempe pun sedap gak, boleh buat sayur lodeh...ala yang orang makan dengan nasi impit tu...lontong la...apa la korang ni, tu pun tak tahu...


Search punya search, dapat la aku satu resepi ni, terima kasihla kepada pemilik blog Mama Cupie's Connermudah sangat...nak try tak? Jom...



gambar sekadar hiasan ye..




KUAH LODEH


Bahan-bahan:

Bawang putih 3 ulas

Bawang merah 7 biji

1/2 inci kunyit hidup

Sedikit udang kering

Semuanya di blend halus dengan sikit air


Sebatang serai - dititik


2 keping tauhu

1 keping tempe
Semuanya di goreng dan di potong segiempat

Secawan isi ayam

10 ekor udang sederhana di buang kulit

5 batang kacang panjang

3 helai daun kubis di potong sederhana

1 batang karot di potong dadu

2 biji ubi kentang di potong dadu

1 biji terung di potong dadu

Sedikit suun dan sayur pucuk kacang soya di rendam

1 mangkuk santan

1- 2 mangkuk air jika perlu


Cara membuatnya: 

1. Panaskan minyak. Tumis serai bersama bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan kentang dan lobak merah yang di dadu.

3. Bila separa empuk, masukkan isi ayam dan sedikit air.

4. Bila ayam sudah separa masak, masukkan santan dan air. 

5. Seterusnya masukkan udang dan sayuran yang lain. 

6. Bila mendidih, masukkan tempe dan tauhu yang sudah digoreng tadi. 

7. Perasakan dengan garam dan gula. 



Nak sedap lagi makan dengan sambal kerang...Aduhh...meleleh air liur...





SAMBAL KERANG 

(ni resepi bonda aku) 


Sekilo Kerang - rebus dengan sedikit garam dan kupaskan kulitnya 


Bahan A 

Sebatang serai - dititik 

Seulas bawang merah - dimayang

Seulas bawang putih - dimayang

Untuk menumis



Bahan B

Seulas bawang besar di belah empat

2 ulas bawang putih

10 biji cili kering - direndam air panas hingga lembut

Semua ni dikisar halus

Asam jawa - dicampur sedikit air

Gula dan garam secukup rasa



Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga naik bau.

2. Masukkan bahan B, masukkan gula dan garam secukup rasa (petua mak, bila nak buat sambal tumis, katanya supaya cepat pecah minyak) dan biarkan mereneh hingga pecah minyak.

3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, kacau sedikit dan terus masukkan kerang.

4. Biarkan mendidih dan siap untuk dihidang.


Jom kita try buat, aduhhh...tak sabar dah rasanya nak buat ni...Kena pulak encik suami baru bagitau yang dia dah dapat tempe yang aku dok cari-cari selama ni. Terbaik la en suamiku sayang...

Ok lah...sampai jumpa lagi lain kali


Chow

Wednesday 12 February 2014

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

Salam semua,

Lama bebenor tak menulis apa-apa kat sini, rindu sangat-sangat...menghilangkan diri kejap, saja je nak tengok korang rindu aku ke tak..(sambil gelak-gelak nakal..) nanti lah aku cerita kat korang apa yang jadi sejak dua menjak ni...Tapi bukan hari ni, hari ni aku nak cerita pasal benda lain.

Tentang zaman persekolahan yang sangat menyeronokkan bagi aku. Lepas PMR aku melanjutkan pelajaran ke salah satu Sek Men Vokasional di Sungai Petani, Kedah. Bagi aku, inilah keputusan yang terbaik pernah aku buat. Aku memang enjoy myself. Terima kasih mak dan abah kerana menjadi pendorong.

Tahun 1996

Mulanya tahun ni, aku bergelar pelajar asrama. Di sinilah aku belajar susah senang hidup jauh dari keluarga, tapi aku seronok dapat hidup berdikari. Mulanya perkenalan dengan senior dan rakan-rakan satu dorm. Kumpulan kami memang happening, kena pulak satu kelas (Bakeri & Konfeksioneri) dan beberapa rakan dari course yang berlainan. Tiap-tiap minggu kenyang je budak-budak dorm, mau taknya, asal hari ada amali je...mesti bawak balik buat kenduri kat dorm. Nak makan apa? Pizza? Swedish Bread? Flan buah-buahan? Roti Nan? Cheesscake? hmmm...kenyang...erkkk

Hidup di asrama memang menyeronokkan, banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. 

Tahun 1997

Tahun ambil SPM dan tahun akhir aku di sekolah tu. Sedih sangat nak tinggalkan kawan-kawan yang tak tau lagi bila boleh jumpa semula. 

Habis peperiksaan SPM masing-masing bawak diri, ada yang sambung belajar ada yang terus kawin. Aku? Masa ni aku buat keputusan yang salah, tapi aku tak pernah menyesal...

Aku terima tawaran satu Politeknik di Pantai Timur, pertengahan tahun 1998 aku mendaftar sebagai salah seorang pelajar di situ. Mulanya seronok, lama-lama jadi tak seronok sebab aku dah salah pilih course...memang terseksa kepala otak aku ni...

Tahun ni jugak aku ada kenal dengan sorang mamat ni, not my taste tapi ada sesuatu dengan dia ni yang buat aku tertarik. Dalam dok berteman tapi mesra aku pulun jugak untuk habiskan study, tapi apakan daya...kemalasan melebihi segalanya. Aku nekad untuk berhenti dan balik kampung je...

Mamat tu? Masih lagi contact, teman tapi mesra dah jadi teman yang sangat mesra.

Tahun 2002

Aku selamat diijabkabulkan dengan insan teristimewa...ye la...sapa lagi, mamat tu la...walaupun dulu aku kata, not my taste, namun kini dialah segala-galanya...setelah bergelar isteri pada usia yang muda, baru aku boleh berfikir sikit secara matang...masa ni la baru nak sambung belajar semula apa yang sekerat jalan dulu. Orang lain boleh buat, kenapa aku tak kan...

InsyaAllah...nak seribu daya, tak nak seribu dalih....

Ida, Ina, Kasuma, Shida, Aishah, Azee...rindu korang semua

Jom aku nak kongsi sikit aktiviti terkini sahabat aku sorang ni.

Azee Azwani...dia ni memang kental dari dulu lagi, sekarang dah jadi tokey...all the best my fren

Walaupun dia ada Degree, Master & segala bagai, tapi tengok la dia...dia buat apa yang dia suka. Tengok dia ni tiba-tiba timbul ilham..."hmmmm...aku pun nak niaga jugak la..." Korang nak beli ke? Tapi tak tau nak jual apa lagi...hmmmm

NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH

K, chow dulu, jumpa lagi next time...