Thursday, 22 August 2013

AKTIVITI HARI RAYA

Raya Aidilfitri tahun ni tak balik rumah mentua. So sebagai ganti, aku & En Kekasih bawa anak2 picnic kat umah Mak Ngah diorang di Penang...Seronok sangat, sebab dah lama tak berpicnic, kesian anak2 mama..




Tak pe lah anak2 mama, janji kita berseronok...Orang sibuk beraya, anak2 mama sibuk berendam.

Sebelum terlambat 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA

Saturday, 17 August 2013

Read this! Important Info! SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN


Terbaca info yang berguna ni di FB, so aku nak kongsi dengan semua...selamat membaca..


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. 

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). 

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang. 


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) 


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. 

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. 

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi. 

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian. 


PENCEGAHAN 

  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. 
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah. 
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. 
  • Minta bantuan orang lain. 
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

BALASAN KERANA PERSENDAKAN HUKUM ALLAH


Tertarik aku membaca kisah ni…jadi aku nak kongsi dengan korang semua…semoga dapat dijadikan iktibar..



Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir.

Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. 

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang.Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

”Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphoneku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,”katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis.Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas.

Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut.

Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.

Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita.Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Sunday, 11 August 2013

SOLAT SUNAT DHUHA




Sesungguhnya rezeki itu telah di atur rapi oleh Allah kepada sekalian makhluknya, namun sebagai hambaNYA kita harus berusaha mencari rezeki tersebut...

"Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (QS. Al-Jumuah : 10)

Dari Firman ALLAH yang diatas ini sebenarnya ALLAH sedang memberitahu kepada kita yang rezeki ALLAH ada di merata muka bumi ALLAH, dan bertebaranlah kita mencarinya. Umar bin Khathab pernah menegur seseorang yang sampai menjelang siang masih berada di masjid tanpa mau bertebaran di muka bumi. Ingatlah, rezeki tidak turun jika tidak bertebaran di muka bumi karena langit tidak pernah menurunkan hujan emas. Bekerja mencari yang halal adalah sebuah kewajiban, setelah kewajiban pengabdian kepada Allah melalui solat.


Solat Dhuha adalah salah satu medium antara hamba & Pencipta Yang Maha Agung, ianya merupakan tanda kita berterima kasih yang tidak terhingga kepadaNYA atas kurniaan rezeki & limpah rahmatNYA kepada kita...Rezeki yang dikurniakan dalam pelbagai bentuk...bersyukurlah kita.

Nabi galak sunat Dhuha

“Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat ini sehinggalah Baginda ditimpa keuzuran. Baginda sendiri menggalakkan umat Islam supaya melakukan dan menjadikan ia sebagai amalan harian di pagi hari.

“Sepatutnya pagi kita perlulah dimulai dengan lafaz takbir, tasbih kepada ALLAH. Abu Hurairah pernah berkata: “Bahawa Rasulullah berwasiat kepadaku akan tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan witir sebelum tidur.” Hayatilah hadis ini kerana setiap perbuatan Rasulullah adalah sunnah,” katanya.

Menurutnya, paling banyak rakaat sunat Dhuha yang dikerjakan Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak disabdakan Baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Suratul Kursi boleh dibaca pada rakaat pertama, surah ini mengandungi pelbagai kelebihan dan penawar, manakala surah Ad-Dhuha atau surah As-Sham bolehlah dibaca pada rakaat kedua.

Kelebihannya

-Diampuni dosa walau seluas lautan

-Dimurahkan rezeki

-Dijanjikan ganjaran syurga

-Dari Abu Hurairah dari Nabi , Baginda bersabda : “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah
pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat ALLAH.”(Riwayat Tabrani)

-Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat ALLAH

Yang baik dijadikan amalan..tak rugi pun..Insyaallah

PUASA 6



Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri semua... 

Dah lama aku tak menulis di blog aku ni, terlalu sibuk kebelakangan ni...Tapi, rasanya belum terlewat untuk aku tujukan ucapan ni untuk semua.

Kali ni aku nak kongsi info tentang PUASA 6. Jom kita baca sama2..

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa          enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”            ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Ok, sama2lah kita merebut kebaikan & pahala puasa 6 ni..kredit untuk http://ping.busuk.org/