Sesungguhnya rezeki itu telah di atur rapi oleh Allah kepada sekalian makhluknya, namun sebagai hambaNYA kita harus berusaha mencari rezeki tersebut...
"Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (QS. Al-Jumuah : 10)
Dari Firman ALLAH yang diatas ini sebenarnya ALLAH sedang memberitahu kepada kita yang rezeki ALLAH ada di merata muka bumi ALLAH, dan bertebaranlah kita mencarinya. Umar bin Khathab pernah menegur seseorang yang sampai menjelang siang masih berada di masjid tanpa mau bertebaran di muka bumi. Ingatlah, rezeki tidak turun jika tidak bertebaran di muka bumi karena langit tidak pernah menurunkan hujan emas. Bekerja mencari yang halal adalah sebuah kewajiban, setelah kewajiban pengabdian kepada Allah melalui solat.
Solat Dhuha adalah salah satu medium antara hamba & Pencipta Yang Maha Agung, ianya merupakan tanda kita berterima kasih yang tidak terhingga kepadaNYA atas kurniaan rezeki & limpah rahmatNYA kepada kita...Rezeki yang dikurniakan dalam pelbagai bentuk...bersyukurlah kita.
Nabi galak sunat Dhuha
“Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat ini sehinggalah Baginda ditimpa keuzuran. Baginda sendiri menggalakkan umat Islam supaya melakukan dan menjadikan ia sebagai amalan harian di pagi hari.
“Sepatutnya pagi kita perlulah dimulai dengan lafaz takbir, tasbih kepada ALLAH. Abu Hurairah pernah berkata: “Bahawa Rasulullah berwasiat kepadaku akan tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan witir sebelum tidur.” Hayatilah hadis ini kerana setiap perbuatan Rasulullah adalah sunnah,” katanya.
Menurutnya, paling banyak rakaat sunat Dhuha yang dikerjakan Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak disabdakan Baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Suratul Kursi boleh dibaca pada rakaat pertama, surah ini mengandungi pelbagai kelebihan dan penawar, manakala surah Ad-Dhuha atau surah As-Sham bolehlah dibaca pada rakaat kedua.
Kelebihannya
-Diampuni dosa walau seluas lautan
-Dimurahkan rezeki
-Dijanjikan ganjaran syurga
-Dari Abu Hurairah dari Nabi , Baginda bersabda : “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah
pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat ALLAH.”(Riwayat Tabrani)
-Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat ALLAH
Yang baik dijadikan amalan..tak rugi pun..Insyaallah
No comments:
Post a Comment