Saturday, 26 April 2014

MAI..MAI...MAI...

Puasa tak lama lagi dah...bahang kehangatan puasa sudah terasa, kalau dah sebut pasal puasa...mesti la lepas tu raya kan...hehehehe (sambil gosok kedua2 belah tangan)...dah habih ganti puasa ke??

Ni aku nak promote kuih raya yang aku buat sendiri ni...(untuk yang duduk area Anak Bukit & Pendang sahaja...) dah bagi sample untuk geng2 kat ofis, biasa la customers always right...ada la komen2 yang membina...terima kasih kawan2, lepas ni aku buat yang baru aku bawak untuk korang rasa ek...


sorry, gambar tak la cantik sangat, aku kan amatur...

Yang sebelah kiri tu nama dia 'Biskut Dahlia (Samperit)', sebekas RM 18, ada 52 biji semuanya dan yang kanan pulak 'Biskut Rosette Coklat', sebekas RM 18 jugak, ada 60 biji semuanya... Sapa yang berminat order dalam blog ni k...Tapi ingat, untuk penduduk area Anak Bukit & Pendang sahaja tau... yang duduk luar daerah tengok je la...

p/s : kawan2, nanti aku bawak Biskut Dahlia versi kurang manis & lembut sikit ek...

Bye, jumpa lagi...

SEJUK TANGAN SUAMI...Alhamdulillah

Salam semua,

Hari ni nak kongsi gambar tanaman yang ditanam oleh suamiku yang tersayang.


ni pokok bendi...aku tak percaya dia boleh membesar macam ni sekali...


hah...ni dia tengok dari jauh sikit...


ni pokok cili burung (orang utara panggil, cabai melaka)


ni pun pokok cabai melaka, tanam tepi longkang je...

Hai...tak sangka pulak tangan suamiku menjadi...gemuk-gemuk pokok dia...hhmmm...macam tuan empunya badan...hehehe

K, jumpa lain kali...chow...

Wednesday, 23 April 2014

CANTIKKAN BLOG aka TUKAR TEMPLATE

Salam semua,

Hari ni tak busy sangat, jadinya aku pun try2 la cari cara2 nak cantikkan blog aku ni...bila dah jadi, bukan main seronok lagi....yang bestnya, dia tak ganggu blog kita...cantik tak blog aku?

Nak try tak? Korang masuk blog melalui ni  bloggerindraft.blogspot.com dan korang search The Blogger Template Designer & korang boleh belajar step by step macamana nak cantikkan blog (tukar template) korang... credit to 'Blogger In Draft'


Selamat mencuba...

- CHOW -

Tuesday, 22 April 2014

ANTARA MIMPI & REALITI

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman yang tak dapat aku lupakan, kan hari tu aku dah janji nak ceritakan kat korang pasal ni…macam ni ceritanya…


Hatiku riang dan tak sabar untuk menyambut insan baru dalam keluarga kami, insan kecil yang ditunggu-tunggu selama 6 tahun. Macam tak percaya yang aku berbadan dua sekali lagi.

Malam ni terasa seperti biasa, selesai mengerjakan solat isyak…aku pun bersiap-siap untuk tidur dan entah bila aku terlelap… Dalam tidur aku bermimpi, aku selamat  bersalin anak lelaki, tiada rasa sakit...waktu aku mulai menyusu...dia tak nak…dan aku pun terjaga. Aku mula terfikir, adakah mimpiku ini ada maksud tersirat ataupun hanya mainan tidur…


24/12/2013 (pagi - tengahari) – Di Kampung Abah

Abah dan mak sibuk mengerjakan sawah, penat…dengan keadaan cuaca yang panas, kulit abah pun dah terbakar teruk…tapi demi tanah pusaka peninggalan arwah tok dan tok wan, abah kerjakan juga walaupun penat…semua hasil akan dibahagikan sama rata antara 5 orang adik beradik abah.

Tapi, hari ni ceritanya tidak seperti biasa. Setelah penat mengerjakan sawah di waktu pagi, abah merebahkan badan sekejap untuk menghilangkan penat pada tengaharinya, sementara mak pula sibuk memasak untuk makan tengahari diorang. Tanpa disedari, abah pun terlena dan bermimpi. Mimpikan salah seorang anaknya…hmmmm..iaitu aku, telah mengalami keguguran, abah meracau-racau…


24/12/2013 (pagi - tengahari) – Di Rumahku

Seperti hari-hari kerja yang lain, sejurus mandi dan menunaikan solat subuh, aku akan bangun mengejutkan anak-anak, bagiku hari ni tiada kelainan..sama je dengan hari-hari yang lain. Setelah siap menggosok baju, aku terasa sesuatu yang keluar dari….korang dapat agak kan?? Sesuatu yang tak sepatutnya berlaku bagi orang berbadan dua seperti aku…Apa yang aku takuti telah berlaku, ada pendarahan, tapi aku sedikit pun tak rasa sakit. Dalam hati berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk akan berlaku…(aku cukup risaukan insan kecil ni…)

Aku beritahu suami dan kami sepakat untuk ke klinik untuk buat pemeriksaan…Klinik berdekatan dengan rumah aku tiada kemudahan yang lengkap, jadi aku dirujuk Hospital Besar di Alor Setar. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor menerangkan kepadaku bahawa adalah perkara biasa mengalami pendarahan di awal kehamilan, aku cuba untuk mempercayai kata-kata doktor (kalau benar kata-kata doktor, Alhamdulillah, tapi aku rasa kelainannya…ada bezanya dengan anak-anak aku yang lain… Ya Allah, jika benar rezeki ni Kau hanya pinjamkan sekejap saja untuk aku dan suami…aku redha…)

Doktor telah menetapkan temujanji dalam 2 minggu lagi dan aku dibekalkan dengan hormone untuk kuatkan rahim…aku dibenarkan berehat di rumah selama 3 hari.Suami tak benarkan aku beritahu mak dan abah, takut diorang risau katanya. Aku ikutkan je…mungkin betul katanya.


25/12/2013 – Di Rumah

Aku mengikut saranan doktor supaya tidak melakukan sebarang kerja berat, pendarahan masih lagi ada…dalam hatiku berdoa dan berharap yang gerak hati aku ni tak betul…Ya Allah, semoga anak ini selamat…amin.

Lepas solat maghrib, aku, suami dan anak-anak pergi ke rumah mak dan abah, saja…tujuannya untuk melihat persalinan yang akan dipakai ketika majlis perkahwinan adik bongsuku tak lama lagi…Aku dah mulai rasa lain macam, tapi aku tak nak mak dan abah perasan apa yang sedang aku tanggung ni. Tiba-tiba mak tanya “Hang macamana? Nak buat baju apa? Baju kurung moden rasanya tak celuih (muat) dah nanti…” sambil senyum dia tengok aku, aduhhh…macamana ni…Hmmm..nak tak nak, kena juga bagitahu mak dan abah…Aku pun cakap kat mak, “Ntah la dan ka tak dan mak…cek tengah bleeding ni, tak tau lagi macamana…” Bulat mata mak tengok aku…”Laa…hang ok ka dak ni? Tidoq rumah mak ja la malam ni…” Kata mak lagi dengan muka risau…”Tak pa la mak, budak-budak ni sekolah esok, susah jugak kalau tidoq sini…tak pa aih..mak jangan risau na…kalau jadi apa-apa cek call mak bagitau…” Kata aku pada mak…mak setuju dengan syarat apa-apa hal, call dia dulu…

Lepas solat isyak, kami semua balik ke rumah…setibanya di rumah, keadaan aku jadi seperti tak terkawal, darah keluar membuak-buak…dan aku mulai sakit macam nak bersalin, mulanya sakit sikit-sikit je, lama-lama aku dah tak tahan…sakit sangat, aku dan suami sepakat untuk ke Unit Kecemasan, Hospital Besar…mak dan abah diberitahu dan diorang bergegas ke rumahku untuk teman anak-anakku sementara aku dan suami ke hospital.

Setibanya di Unit Kecemasan, suami mendaftarkan aku dan nomborku terus dipanggil. Pemeriksaan dilakukan dan doktor mengesahkan yang aku telah mengalami keguguran…Ya Allah, gerak hatiku memang benar dan aku redha Ya Allah…Menurut pemeriksaan doktor, tiada lagi yang tinggal setelah dia keluarkan janin yang masih kecil tu…aku sempat melihatnya, saiznya cuma sebesar separuh penumbuk orang dewasa. Tak pe lah…aku redha, dah mungkin bukan rezeki aku dan suami nak tambah ahli keluarga. Aku di benarkan balik pada pagi 26/12/2013 dan diberikan cuti sakit selama 2 minggu lagi. 05/01/2014 aku diminta untuk datang ke hospital lagi untuk pemeriksaan susulan.

Aku pun menjalani hidup sebagai orang sakit selama 2 minggu lagi. Terima kasih suamiku kerana menjagaku sebaik mungkin sampaikan mak pun dah tak risau…(hehehe…sedap papa masak untuk mama).


05/01/2014 – Hospital Besar, Alor Setar

“Hmmmm…masa akak gugur hari tu, doktor yang rawat akak ada cakap apa-apa tak?” Tanya doktor pada aku sambil mata dia melihat monitor hitam putih di sebelah aku. Aku meggeleng padanya, tanda tiada apa-apa pesanan dari doktor yang merawat aku ketika aku gugur tempoh hari. Aku risau memandang muka doktor ni… Dahi dia berkerut-kerut…aduh..berita apa pulak yang akan aku terima hari ni??

“Akak, bolah tak akak masuk wad hari ni??” Tanya doktor tu sambil pandang muka aku…”Hah…awatnya doktor??” Tanya aku padanya…”Akak kena buat D & C sebab ada lagi ni, keluar tak habis hari tu…” Katanya lagi… Aduh..ni yang buat aku seram sejuk ni…dah tu nak kata apa lagi, ye kan je la…Serah diri lagi la aku kat hospital malam ni…tak bestnya tidur kat hospital…Redha je la…

Esoknya aku dijadualkan untuk D & C awal pagi, tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat nak dielakkan, giliran aku tiba lepas makan tengahari (aku tak boleh makan, kena puasa..huhu), suami pulak bosan menunggu aku…akhirnya dia pergi derma darah di lobi hospital (bagus jugak, buat amal jariah…dapat pahala…hehe), pukul 1.30 petang giliran aku pun tiba…aku disiapkan untuk dibawa ke Operation Theatre, sampai di OT, aku diberi penerangan serba sedikit oleh Pakar Bius yang bertugas hari tu…

Pengalaman pertama masuk OT, masih lagi aku ingat, aku pandang jam dinding, hmmm…pukul 1.50 petang, Pakar Bius bersedia untuk memulakan tugasnya, aku diminta membaca bismillah dan mengucap…lepas tu aku dah tak ingat apa-apa, sedar-sedar je dah ada di luar OT. Melihatkan aku dah sedar, nurse-nurse yang bertugas menyiapkan aku untuk dibawa ke wad biasa. Sambil-sambil tolak aku ke wad, diorang sembang-sembang pasal satu kes ni…kes ada patient yang nampak benda mistik dalam bilik wad yang menempatkan 4 orang patient sebilik…Aduh…buat seram aku je la…

Tiba waktu pemeriksaan doktor, aku dilihat dah ok…aku dah boleh bangun jalan-jalan lagi…hehehe.. Doktor tanya aku “Nak balik bila?? Malam ni ke esok?”…Laju je aku jawan “Malam ni Doktor” Dengan penuh makna aku pandang je muka doktor tu…(hehehe…aku sanggup balik malam ni dari tidur diganggu oleh benda-benda yang pelik-pelik di hospital ni…). Aku dibenarkan balik malam tu juga dan diberi cuti sakit selama 2 minggu lagi…

Dua tiga hari selepas balik dari hospital, abah pun ceritakan pasal mimpi dia tempoh hari…Kata abah “Abah malaih nak habaq pasal mimpi tu, abah anggap sebagai mainan tidoq…tapi mimpi tu seakan-akan betoi…abah tak sangka memang betoi-betoi jadi…” Tak pa la abah, mungkin Allah nak bagi tahu melalui mimpi abah tu…

Bak kata mak, ada hikmah di sebalik semua ni…jadikan pengalaman sebagai panduan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita nanti. Terima kasih mak dan abah sebab bantu cek di saat genting macam ni dan istimewa sekali buat suamiku, terima kasih sayang sebab jaga mama siang dan malam, love u so much…Buat anak-anak, kita cuma mampu merancang, hanya Allah yang menentukannya…kita redha je ye sayang…

Nampak tak kesan jarum tu? Aduyai....sakit...


Sayang semua…chow