Wednesday, 26 June 2013

DUNIA OH DUNIA..


Jika ada yang terbaca kisah menyayat hati di Harian Metro keluaran 26 Jun 2013..pasti ada yang merasa kesedihan sebagaimana aku rasa sekarang ni..


Kenapakah manusia semakin lama semakin kejam? Menurut cerita yang aku baca semalam, anak kecil seusia 7 tahun didera dengan teruk oleh ayah tiri dia yang tak berperikemanusiaan..Apa dah jadi ni?? Tak tahukah anak tu AMANAH dari ALLAH? Jawab la di akhirat nanti..Amanah yang diberikan olehNya berserta dengan tanggungjawab yang besar diperlakukan lebih dari haiwan..kalau kita, kucing pun tak sampai hati nak sepak2 atau pukul2..ni kan pulak anak kecil yang patut kita peluk, belai & diberikan kasih sayang...mengalir air mata aku baca kisah budak kecil ni..


Hati aku tersentuh..(aku pun seorang ibu..)..Bila aku lihat gelagat anak2 aku yang membesar dengan gembira & manja..aku terfikir,apalah nasib anak kecil seperti budak ni...dah la hak untuk mendapat kasih sayang dinafikan..diperlakukan pulak seperti haiwan..sebenarnya aku BENCI (kalau inilah perkataan yang sesuai aku gunakan..) mendengar & membaca kisah2 seperti ni..


Apa yang kita boleh buat? Memang kita tak boleh berbuat apa2..tak kan nak masuk campur hal rumah tangga orang kan...tapi ingatlah..kita masih ada hak sebagai jiran...jika hak itu kita gunakan untuk menyelamatkan nyawa insan kecil yang tidak berdosa seperti budak tu...kita mendapat ganjaran yang kita tak sangka dari Allah kelak..


Maaflah..aku sedikit beremosi kali ni...aku tak boleh berdiam diri jika aku lihat budak2 kecil baya anak2 aku diperlakukan seperti itu..


Sayangilah Anak2 Kita...



Kakak, Abang & Adik..Mama Sayang Kamu Semua..


Monday, 24 June 2013

Bahaya Semut Charlie ( Hati-Hati! )


Satu hari bawak anak2 ikut tok & tok wan diorang ke kampung di Sg Limau, Yan...maklum la abah aku pesara kerajaan yang masih lagi buat kerja sendiri (buat bendang kata orang utara...), mak pulak teman abah sambil mengai (memancing)..anak2 aku pulak memang suka ikut tok & tok wan diorang ke kampung..dulu duduk bandar, mana nak jumpa sawah bendang macam kt sini..seronok sangat diorang...


Anak2 aku ni sambil mengai tipu2 (tok bagi joran yang dibuat dari buluh sorang satu, siap letak umpan cacing @ cengkerik...), sempat lagi main2 dengan tanah lumpur yang dah kering di atas batas sawah...si adik ni terjumpa la dengan semut2 yang bersepah di atas lumpur kering tu..lalu dia pun panggil la aku & tanya apa bendanya tu...


Sebenarnya aku pun x pernah tengok semut ni, tapi dari keadaan fizikalnya aku rasa mungkin semut ni jenis yang menggigit...jadi di sebabkan anak aku yang sorang ni kulitnya jenis yang x tahan, (kalau digigit semut api, kulitnya akan jadi mengelembung macam kena api..) aku pun ajak dia pegi tempat lain, takut2 kena gigit pulak dengan semut ni...


Masuk keja..aku pun dah lupa trus pasal semut tu, tiba2 hari ni aku teringat pulak..aku pun search internet & cari semut ni..Ni apa yang aku jumpa & share ngan sume..HATI2 YA...




Nama Am: Kumbang Rove

Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)

Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)

Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies

Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.



Morfologi

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.



Habitat dan Tabiat Makanan

Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah – antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.



Kesan Pada Manusia

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. bergerak atau tidur atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.



Nasihat Kepada Penduduk Yg Dijangkiti

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Kadang2 kita tak sangka pun di sekeliling kita ni ada benda2 yang merbahaya..sebagai parents, kita mestilah selalu alerts dengan persekitaran dan selalulah cari2 bahan bacaan yang boleh menambahkan ilmu.

BE CAREFULL..


Wednesday, 19 June 2013

DALAM HATI ADA TAMAN




Hari ni rasa seronok sangat...bukannya apa..belajar cantikkan blog dari rakan blog aku...pemilik blog RENCAH KEHIDUPAN boleh search kat sini http://luvzaraadelia.blogspot.com/ .


Seronok sangat2...untuk kepuasan diri (gosok kedua belah tangan sambil tersengih2..)..Kalau blogers yang minat bolehlah melawat blog rakan saya ni...dan boleh belajar kat situ...credit untuk Nor Azlinda..

Monday, 17 June 2013

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Abu Usaid menceritakan yang Rasulullah pernah berkata, "Makanlah Minyak Zaitun dan berminyaklah dengannya. Minyak Zaitun berasal daripada pohon yang diberkati." Direkodkan oleh At-Tirmidzi.

Minyak Zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Minyak Zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu yang mana ia tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan.

  • Pengambilan minyak zaitun mampu melindungi tubuh daripada serangan sakit jantung, kenaikan kolesterol darah dan tekanan darah, penyakit diabetis dan obesiti disamping berperanan juga mencegah terjadinya beberapa jenis kanser. 

  • Kajian dijalankan ke atas 32 pesakit yang terkena penyakit tekanan darah tinggi. Hasil kajian menunjukkan penurunan tekanan darah dalam lingkungan tujuh poin di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun.

  • Pengambilan minyak zaitun sudah menunjukkan ia mampu melindungi tubuh daripada serangan sejumlah kanser. Antaranya kanser colon, kanser rahim dan kanser ovari, walaupun jumlah kajian yang dijalankan masih terlalu kecil.

  • Pada November 1995 kajian kepada 2,564 wanita yang terkena kanser payudara, menegaskan ada korelasi terbalik antara kemungkinan terjadinya kanser payudara dengan pemakanan minyak zaitun. Pengambilan minyak zaitun yang banyak melindungi individu daripada serangan kanser payudara.

  • Pengambilan sesenduk makan minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan bahaya kejadian kanser payudara sehingga 45 peratus.

  • Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa wanita yang banyak mengambil minyak zaitun kurang terkena kanser rahim berbanding wanita yang terkena kanser rahim. Kemungkinan terjadinya kanser pada mereka turun sehingga 26 peratus.

  • Penggunaan minyak zaitun selepas renang sebagai krim kulit dan berjemur melindungi daripada terjadinya kanser kulit.

  • Sampel 40 wanita yang menyusukan bayi telah diambil. Para pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan lemak yang terkandung dalam susu mereka adalah jenis lemak berantai tunggal (mono). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang patut dimakan oleh manusia. Itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak zaitun.

  • Kandungan nutrisi dalam minyak zaitun mampu memiliki pengaruh yang positif dalam melindungi tubuh daripada kanser perut dan mengurangkan risiko penyakit gastric ulser.

  • Pengambilan minyak zaitun mampu memberikan kelebihan dalam melindungi tubuh daripada terjadinya penyakit arthritis.



Kalau kita perhatikan, minyak zaitun banyak digunakan dalam masakan masyarakat di sebelah barat dan mediteranean kerana terbukti kesan pengambilan minyak zaitun mampu menghindarkan tubuh badan kita daripada diserang penyakit berbahaya.Semoga perkongsian ini membantu rakan pembaca untuk sama-sama mengamalkan pengambilan minyak zaitun demi kesejahteraan dalam kehidupan.


Tapi, kat Malaysia ni susah nak dapatkan minyak zaitun, lagipun harganya boleh tahan mahal..tapi ni sekadar perkongsian, jika ada yang berkemampuan untuk jadikan minyak zaitun ni sebagai kegunaan harian, apalah salahnya kan..bukan apa, untuk kesihatan kita juga..


Saturday, 15 June 2013

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


Dah berminggu2 kekasih hati nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak...sejak pindah dari Pantai Timur ke Utara Tanah Air ni dah lama rasanya tak pekena Ikan Patin Masak Tempoyak ni...mana la nak cari patin dan tempoyak kat negeri Laksa & Bihun Sup ni...(sambil kesat air mata...huhu..)

Ish...yang sebenarnya aku pun teringin jugak..(sambil tersengih sorang2..). Pegi pekan sehari cari patin pun x jumpa, inikan pulak tempoyak...rasanya org sini x makan tempoyak kot...(agaknye lah...)

Nak dijadikan cerita, Jumaat baru2 ni pegi la ke pekan sehari kat area umah aku ni...terjumpa la ikan patin fresh yang di bawak dari negeri paling hujung di Utara. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal..apatah lagi dengan harganya yang agak murah dibandingkan dengan harga di Pantai Timur...apa lagi, teruslah sang kekasih hati membelinya walaupun tahu betapa susah nak cari tempoyak...(huhu...sedih lagi..)

Hari keja berikutnya kat ofis..aku pun selidik la dengan geng2, memang diorang kata susah nak dapatkan tempoyak di sini...dan diorang suggest untuk buat sendiri..(maksudnya homemade tempoyak la ni...). Terima kasih la kepada Niza, Linda (pemilik blog Rencah Kehidupan boleh search kat sini http://luvzaraadelia.blogspot.com/ )dan Ida. Aku pun dengan bersemangatnya menuntut ilmu la dengan sifu Kak Nora (pemilik blog Cahaya Kehidupan boleh search kat sini http://norataiping.blogspot.com/ - ehehe..terpromote la pulak).

Rupanya senang je nak buat tempoyak ni..jom kita try sama2 nak?? Ni cara2 nak buat tempoyak :

TEMPOYAK



Durian fresh (Kak Nora kata guna durian fresh lagi sedap) 
Garam (agak2 je)
Gula (pun agak2 je)

Cara dia:

1. Ramas durian (untuk asingkan isi dengan bijinya)
2. Perasakan dengan garam & gula
3. Letakkan ke dalam bekas yang kedap udara
4. Dah siap, perap dalam 1-2 hari, and then dah boleh guna. Kalau nak tahan lagi letak dalam peti tempat beku (ni petua dari Bonda Mertuaku)

Balik nanti boleh la cari durian di sepanjang jalan ke rumah and boleh la try buat malam ni...hmmm..(sambil menggosok kedua2 belah tangan) x sabar rasanye. Lusa dah boleh buat Ikan Patin Masak Tempoyak (yihaaa..sambil lompat2 manja...ehehe..buruk sangat aih..). Bukan apa, excited sangat nak menjamu perut kekasih hati yang macam dah ngidam tu (eh..jangan salah faham ek..). Hmmm...cerita pasal Ikan Patin Masak Tempoyak, jom kita try buat sama2 nak? Sedap tau...Ni resepinya :

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK




Ikan Patin (anggaran cukup untuk makan 1 family)
Tempoyak secukup rasa ( off course lah kan..hehe)
Daun Kesom 
Cili Padi (orang sini kata Cabai Melaka)
Kunyit Hidup
Bawang merah (dalam 2-3 ulas - setengah orang tak letak bawang)
Asam keping (1 cukup lah, takut masam sangat nanti)
Garam


Cara dia:

1. Blend semua bahan kecuali ikan patin, daun kesom & asam keping.
2. Di dalam periuk, letakkan ikan patin, daun kesom & asam keping, masukkan bahan yang telah diblend tadi, letakkan sedikit air (agak2 tenggelam ikan)
3. Renehkan hingga mendidih atau pun hingga ikan masak (jangan lama sangat reneh, nanti ikan hancur)
4. Akhir sekali perasakan dengan garam (agak2 je la ye..)
5. Siap untuk dihidangkan.

Hmmm...teringat2 baunya yang mengiurkan tu...Ish..tak sabar rasanya nak buat. Jom sama2 kita try ye...Tq Kak Nora, ajar buat tempoyak sendiri..


Wednesday, 5 June 2013

CUTI2 MALAYSIA

SURIA CHERATING BEACH RESORT


JOM BERCUTI DALAM MALAYSIA

Walaupun cuti sekolah dah hampir ke penghujung..rasanya belum terlambat untuk bawa keluarga pergi bercuti di tempat2 menarik di Malaysia ni..

Kat sini aku suggest Suria Cherating Beach Resort yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia atau lebih tepat lagi di Negeri Pahang Darul Makmur. Tempatnya menarik dan amat sesuai bagi yang dah berkeluarga. Anak2 pasti suka dengan kolam renangnya yang cantik tu...(biasala budak2..diorang memang suka tempat2 bercuti yang ada kolam renang kan...)




Makanan pun sedap2 kt sini...jom la bawak anak2 bercuti di sini...(promote la pulak...ehehehe)

Ada macam2 pakej yang disediakan...kepada yang berminat silalah layari laman web ni : http://www.suriacheratingbeachresort.com

Saya berani suggest sebabnye saya dah pun pernah pergi..memang tempat dia best...jadi Jom La Cuti2 Malaysia

Tuesday, 4 June 2013

BERHATI2LAH SEMASA ANDA BERMUSAFIR


KEJADIAN YANG TAK DI SANGKA







** CERITA INI ADALAH COPY PASTE (dari blog apehalder.blogspot.com by Young Areza)..TAPI..APA YANG PERLU KITA AMBIL DISINI..JADIKAN CERITA INI SEBAGAI IKTIBAR..


Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.



Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.


Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali). Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Machap untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.



Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.


Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku


Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.


Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.


Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.


Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.


Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.


Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.


Apabila sampai di tol Simpang Renggam, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami.


Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik..agaknya Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.


Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya."


Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :


i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian


ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan


iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan


iv. Amalkan prinsip keselamatan turun dan kunci serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)


v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan


vi. Jangan cepat panik ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah keselamatan


vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita


viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code


ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)


x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)


Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan.

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 (11.30 malam)


** Walaupun ceritanya aku just copy je & paste kat sini, tapi aku rasa kejadian ni dapat memberi ingatan kepada org2 yg selalu travel jauh tambah2 lagi skang ni musim cuti sekolah,so beringat sebelum kena..kalau dh kena apa pun tak guna...











"ILMU PENDINDING DIRI" @ KHASIAT AYAT KURSI




AYAT KURSI


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya


Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya


Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat


Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan



Khasiatnya

Rasulullah s.a.w bersabda :

  • "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."

  • "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  • "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

  • "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

  • "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

  • "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

  • "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

  • "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

  • "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

  • "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

  • "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

  • "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

  • "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  • "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

  • "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."


Menurut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" barangsiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darajatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah


Sama-samalah kita menjadikannya amalan yang dalam kehidupan harian kita, semoga hidup kita lebih diberkati olehNya

Monday, 3 June 2013

SEKOLAH...SEKOLAH...SEKOLAH...




Mood untuk pegi sekolah...hmmm...berbelah bagi, tapi kena kuatkan semangat..

Sebelum ni sekolah kt tempat lain...(pasti aku rindu sekolah lama aku....huhu) Start sem ni aku masuk sekolah lain (pindah campus sebab pindah tempat keja)...harap2 semuanya akan ok...hati tetap berdebar, nak jumpa lecturer baru & kawan2 baru di tempat baru yang aku x tau lagi keadaan muka buminya...

Ya Allah (sambil menadah tangan)..semoga kali ni aku lebih bersemangat..Amin..