Abu
Usaid menceritakan yang Rasulullah pernah berkata, "Makanlah Minyak Zaitun
dan berminyaklah dengannya. Minyak Zaitun berasal daripada pohon yang
diberkati." Direkodkan oleh At-Tirmidzi.
Minyak
Zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan.
Minyak Zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu yang mana ia tidak mempengaruhi
peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat
anti-oksidan.
- Pengambilan minyak zaitun mampu melindungi tubuh daripada serangan sakit jantung, kenaikan kolesterol darah dan tekanan darah, penyakit diabetis dan obesiti disamping berperanan juga mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.
- Kajian dijalankan ke atas 32 pesakit yang terkena penyakit tekanan darah tinggi. Hasil kajian menunjukkan penurunan tekanan darah dalam lingkungan tujuh poin di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun.
- Pengambilan minyak zaitun sudah menunjukkan ia mampu melindungi tubuh daripada serangan sejumlah kanser. Antaranya kanser colon, kanser rahim dan kanser ovari, walaupun jumlah kajian yang dijalankan masih terlalu kecil.
- Pada November 1995 kajian kepada 2,564 wanita yang terkena kanser payudara, menegaskan ada korelasi terbalik antara kemungkinan terjadinya kanser payudara dengan pemakanan minyak zaitun. Pengambilan minyak zaitun yang banyak melindungi individu daripada serangan kanser payudara.
- Pengambilan sesenduk makan minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan bahaya kejadian kanser payudara sehingga 45 peratus.
- Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa wanita yang banyak mengambil minyak zaitun kurang terkena kanser rahim berbanding wanita yang terkena kanser rahim. Kemungkinan terjadinya kanser pada mereka turun sehingga 26 peratus.
- Penggunaan minyak zaitun selepas renang sebagai krim kulit dan berjemur melindungi daripada terjadinya kanser kulit.
- Sampel 40 wanita yang menyusukan bayi telah diambil. Para pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan lemak yang terkandung dalam susu mereka adalah jenis lemak berantai tunggal (mono). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang patut dimakan oleh manusia. Itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak zaitun.
- Kandungan nutrisi dalam minyak zaitun mampu memiliki pengaruh yang positif dalam melindungi tubuh daripada kanser perut dan mengurangkan risiko penyakit gastric ulser.
- Pengambilan minyak zaitun mampu memberikan kelebihan dalam melindungi tubuh daripada terjadinya penyakit arthritis.
Kalau
kita perhatikan, minyak zaitun banyak digunakan dalam masakan masyarakat di
sebelah barat dan mediteranean kerana terbukti kesan pengambilan minyak zaitun
mampu menghindarkan tubuh badan kita daripada diserang penyakit
berbahaya.Semoga perkongsian ini membantu rakan pembaca untuk sama-sama
mengamalkan pengambilan minyak zaitun demi kesejahteraan dalam kehidupan.
Tapi,
kat Malaysia ni susah nak dapatkan minyak zaitun, lagipun harganya boleh tahan
mahal..tapi ni sekadar perkongsian, jika ada yang berkemampuan untuk jadikan
minyak zaitun ni sebagai kegunaan harian, apalah salahnya kan..bukan apa, untuk
kesihatan kita juga..
No comments:
Post a Comment