Salam Ramadhan semua...pejam celik pejam celik, hari ni dah 6 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, cuaca di utara semenanjung ni redup je 2 -3 hari ni, tak la rasa sangat bahangnya berpuasa..Untungnya kepada anak2 kecil yang baru belajar berpuasa, pastinya diorang tak rasa sangat lapar dan dahaga..
Bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan peluang bagi seluruh umat Islam untuk melipat gandakan amalan, baik yang wajib mahupun yang sunat...semoga amalan kita mendapat tempat di sisi Allah SWT. Rebutlah peluang keemasan ni...jangan sampai nyawa dah terpisah dari badan baru nak menyesal..masa tu dah tiada gunanya.
Cerita pasal nyawa terpisah dari badan, ada satu kisah yang nak aku kongsikan dengan semua. Kisah ini berlaku lebih kurang seminggu sebelum puasa, kisahnya begini...
Di Pejabat
Handphone aku berbunyi, bila disambut terdengar suara mak di hujung talian..
Mak : Ada, kawan adik, Piduih (Firdaus) meninggal semalam..hang nak ikut mak tak nak pi ziarah?
Aku : Kawan adik yang mana mak?
Mak : Kawan adik masa dia sekolah SDAR dulu..
Aku : Oooo...sakit apa mak?
Mak : Tak tau, tiba2 ja meninggal..
Aku : Ok Mak, cek ikut..
Mak & abah datang menjemputku di tempat yang telah dijanjikan dan kitorang bertolak ke lokasi dengan mengikut kereta adikku yang berada di hadapan. Mengikut cerita mak, arwah baru 2 hari balik dari Mesir, ingin menghabiskan cuti semesternya di tanah air. Arwah Firdaus ni kematian ayah beberapa tahun lepas, jadinya arwah, adik beradiknya & ibunya tinggal dengan tok & tok wan sebelah ayahnya...
Menurut cerita mak lagi, malam kejadian, arwah telah pergi ke gim (aku tak pasti berapa kerap dia selalu ulang alik ke gim), balik dari gim, dia cakap pada ibunya yang dia rasa macam tak sihat (tak sedap badan) dan dia ada minta panadol dari ibunya. Belum sempat ibunya memberikan panadol, dia terlebih dahulu rebah & tak sedarkan diri..kesian..kepalanya terhantuk di bucu meja dan terluka.
Adik beradik yang ada telah membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah, ALor Setar. Setibanya di hospital, doktor telah mengesahkan yang dia telah tiada, ternyata Allah lebih menyayanginya. Senangnya arwah pergi kan..tapi apakah penyebabnya? Sudah ajal..Allah dah tentukan di Loh Mahfuz lagi, semua yang arwah lalui di saat kematiannya tu cuma asbab sahaja..sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi hambaNya..
Rumah Tok & Tok Wan Arwah
Setibanya di rumah tok & tok wan arwah, kelihatan ramai yang datang menziarah..kebanyakkannya keluarga terdekat & orang2 kampung berdekatan. Mak ajak aku masuk untuk melihat jenazah & sedekahkan Al Fatihah..terpandang je muka arwah, sedikit terkejut...walaupun ada luka di dahinya, tapi wajahnya yang seakan2 tersenyum membuatkan semua yang datang tak nak lepaskan peluang melihatnya untuk kali terakhir. Subhanallah...apa yang ada pada anak muda ni agaknya..senangnya dia menempuh saat kematiannya & wajahnya dihiasi dengan senyuman..
Toknya tak henti2 beristighfar, tanggapanku mungkin dia cuba untuk merelakan arwah pergi. Walau macamana sekalipun, dia mesti redha dengan apa yang telah berlaku...ada rahsia Allah yang tersembunyi di sebalik semua ini...Tok wannya pulak, dari aku, mak & abah tiba tadi, asyik berada di luar saja..tak nak masuk ke rumah, bila di sapa abah, katanya dia tak sampai hati nak pandang wajah arwah yang seakan2 tersenyum padanya..sebak..
Jenazah dimandikan dan dikafankan, kawan rakan arwah memenuhi ruang yang ada, dalam hati terdetik..ramai kawan2 yang menyayanginya..ada yang mengesat air mata, ada yang terisak2..adik salah seorang yang paling rapat & dia jugalah orang pertama tiba sebaik dimaklumkan..kesian adik..menangis melihat sahabatnya buat kali terakhir. Walaupun aku tidak mengenali arwah dengan rapat, tapi bila mana melihat adik aku bersedih di atas kehilangan teman rapatnya, aku juga turut menangis...cukup sedih aku rasakan...Sudah lama keluarga kami tidak merasai kehilangan (kematian), siapalah yang akan menyusul selepas ini...Ya Allah..jika tibanya saat itu, Kau kuatkanlah semangatku untuk redha menerimanya..Amin..
Arwah Firdaus pergi meninggalkan kita di saat umat Islam membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan penuh keberkatan ini, siapa sangka..Ramadhan 1433H adalah Ramadhan terakhir baginya..Arwah meninggal dunia di usia 24 tahun, masih muda...
Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Al Fatihah
No comments:
Post a Comment