Sunday, 8 December 2019

ANAK BERTUAH DAN ULAT JAGUNG





Assalamualaikum semua... Berjumpa lagi kita ye...

Kisah kali ni masih lagi berkisar tentang anak bertuah mama ni. Sabtu yang lalu, mama dan papa beli jagung (kalau cerita pasal Yan ni, automatik mama akan bahasakan diri sebagai mama 💁), dalam fikiran mama ni, sedap jugak buat cucoq jagung untuk minum petang ye...

Selesai makan tengahari, mama mandi & solat zohor... Sebelum rehat sekejap, mama bancuh siap-siap cucoq untuk kudapan petang nanti, cucoq jagung simple-simple je...

Sedang mama kupas-kupas kulit jagung tu, datang la si Yan ni... 

Yan : Ma... Adik nak tolong..
Mama : Tak payah la dik, biaq mama buat sorang dah la...
Yan : Alaaa... Adik nak tolong jugak...
Mama : Ok la, nah ambik satu, kupas kulit dia macam mama buat ni...
Yan : Ok...

Sambil kupas, sambil main, belek kulit jagung la, belek rambut jagung tu la... Macam-macam la budak bertuah ni sorang... Tiba-tiba mama ternampak seekor ulat jagung, mama bagi kat si Yan ni...

Mama : Dik... tengok ni, ulat la dik...
Yan : Mana... Mana.... (Eksaited dia... 😄😄)
Mama : Ni ha.... (sambil mama ambik, letak tepi tangan dia, bimbang dia geli pulak kalau letak atas tapak tangan dia nanti...)
Yan : Eeeeeee... Comelnya dia mamaaaaa... Adik tak mau tolong mama dah la, adik nak main dengan ulat ni...
Mama : Pi la... Jangan bagi dia mati tau, kesian dia...
Yan : Ok ma... (sambil berlari ke depan)

Dah siap mama kupas kulit jagung, mama pun angkut la sebesen ke depan, nak asingkan isi sambil layan cerita di TV. Tengok si Yan ni khusyuk bebenor main dengan ulat tu..

Yan : Ma.. Tgk ni, adik bubuh bedak kat ulat ni...
Mama : Laaa... Awatnya adik buat lagu tu... 
Yan : Adik nak bagi dia putih, adik tengok dia hitam sangat...
Mama : Allah dik oiii...

Tak lama lepas tu...

Yan : Ma... Ulat tu dah meninggal daahhhh (buat muka sedih)
Mama : Laaa dik, kan mama pesan tadi jangan bagi dia mati...
Yan : krik... krik... krik...

5 minit kemudian...

Mama : Mana ulat tu dik...
Yan : Adik letak dia kt tepi TV, adik bubuh minyak gamat kat dia, nak bagi dia hidup balik...
Mama : Hai la anak bertuah ni... 😄😄😄





Wednesday, 6 November 2019

ANAK BERTUAH, PAKCIK BUTA DAN ALAT MUZIKNYA


Cerita pasal pekan nat tak habis lagi... Kali ni cerita pasal Yan jumpa pakcik buta yang main muzik.

Dari jauh mama dah nampak pakcik tu, dari jauh juga dapat dengar bunyi suara pakcik tu menyanyi diiringi muzik dari peralatan yang dia bawak. Mama pegang tangan Yan, mama letak duit dalam tangan dia, dia tahu apa nak buat... 

Sampai depan pakcik tu, dia pun tunjuk la duit dalam genggaman dia kat pakcik tu, mama pegang tangan dia bagi bersentuhan dengan tangan pakcik tu, pakcik tu sambut duit dari genggaman dia. 'Terima kasih' pakcik tu cakap.

Sambil jalan nak ke kereta...

Ma - Adik... Pakcik tu buta, dia tak nampak, adik bagi duit tu kat dia, dia tak nampak pun tau...
Yan - Oooooo.... Adik ingat pakcik tu TIDO...
Ma - Allah budak ni... 😅😅 

Tuesday, 5 November 2019

ANAK BERTUAH DAN BLUE BLACK


Assalamualaikum semua,

Rutin hampir setiap hari Jumaat, pergi 'pekan nat', di Kedah pekan nat lebih kurang macam pasar tani kalau kat negeri lain. Selalunya beli barang-barang basah untuk keperluan dapur selama seminggu dua. 

Balik dari pekan nat, papa diorang ni akan siang ikan kat belakang rumah, biasanya ditemani kucing-kucing jiran yang sentiasa kelaparan. Rezeki diorang la all most tiap kali Jumaat dapat makan sisa ikan dari dapur rumah kami. Alhamdulillah, sedekah pada kucing-kucing tu pun dapat pahala jugak kan. Tapi hari tu kucing-kucing tu agak agresif sikit, mungkin lapar sangat agaknya. 



Papa dah siap siang ikan, bagi mama untuk cuci, sambil-sambil cuci ikan tu layan la budak ni sembang, tiba-tiba kucing-kucing di luar bergaduh, apa lagi, berlari la budak ni nak tengok apa yang berlaku.

Yan - Ma... Ma... depa gaduh...
Ma - Biaq pi la kat depa dik...
Tanpa menghiraukan cakap mama, dia sambung lagi...
Yan - Ma... Kucing kale BLUE BLACK tu kan, gaduh dengan kucing kale putih...
Ma - Haaa... Kale apa dik... Mama tak berapa nak dengaq...
Tak puas hati mama cakap macam tu, dia ulang balik apa yang dia cakap.
Yan - Kucing kale BLUE BLACK tuuuu... Dia gaduh dengan kucing putih, ish mama ni tak dengaq ka adik cakap...
Mama - Allah dik oi... Lawak la hang ni... 

Tuesday, 15 October 2019

ANAK-ANAK REMAJA SEKARANG SEDANG SAKIT

Assalamualaikum semua...

Besar cabarannya untuk didik anak-anak remaja, dahulu semasa mereka masih kecil, bolehlah kita sebagai mak ayah atur hidup mereka. Sekarang pabila meningkat dewasa, semua tu dah tak penting lagi, bila bercampur dengan rakan-rakan sebaya, nasihat mak ayah ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dulu boleh la kerah anak, 'kakakkk... p solat..', 'abanggg... mana kerja sekolah mama nak tengok, dah siap belum...' 

Sekarang, kita bersuara pun kadang-kadang ibarat bercakap dengan dinding... no respon... Kenapa? Kenapa semua ini berlaku, pening kan nak selami jiwa anak-anak remaja zaman sekarang, kita dulu pun remaja jugak, tapi kita tak la seteruk zaman sekarang, adab dah kurang, akhlak apatah la lagi. Sangat-sangat mencabar...

Itu belum lagi masuk ke sisi gelap kehidupan mereka, depan mak ayah baik sangat-sangat, bak kata pepatah 'pijak semut pun tak mati'... Di belakang mak ayah, macam-macam perkara pelik jelik yang mereka lakukan bersama rakan-rakan sebaya. Rokok, vape itu perkara biasa. Seks di usia remaja juga perkara biasa. Aku pernah terbaca dalam artikel yang aku tak ingat sumbernya dari mana, kalau ada dara tu maksudnya dia tu kolot, tak mengikuti perkembangan semasa. Allahu... Apa nak jadi ni... Urut dada kejap. 

Anak-anak semua, lupakah dunia ini hanya pinjaman, mati itu pasti, orang muda pun mati nak... jangan ingat orang muda Allah tak hisab dalam kubur ya, semua dosa pahala akan dihitung ya anak-anak, sedar la sebelum terlambat.

Ya Allah ya Tuhanku, jauhilah anak-anakku dari melakukan perkara yang Engkau murka, Ya Allah ya Tuhanku, jauhilah anak-anakku dari tempat-tempat yang Engkau tidak redha, Ya Allah ya Tuhanku, jika mereka tersasar, pandulah mereka kembali ke jalan yang Engkau redhai... Aamiiinnn


lindungi lah anak-anakku ya Allah, walau di mana mereka berada... Aamiiinn

Sunday, 6 October 2019

RENCANA ALLAH TAK SIAPA TAHU

Assalamualaikum semua...

Lama dah aku tak bersiaran, sibuk dengan urusan seharian la katakan. Korang apa kabor. harap sihat lah semuanya ye.

Semalam, aku dikejutkan dengan berita pemergian ke alam abadi salah seorang rakan sebaya zaman aku sekolah dulu. Memang terkejut, tapi siapakah kita untuk menidakkan rencana Allah kan.. Rata-rata rakan baik dan rapat dengannya sangat-sangat sedih dengan pemergian beliau yang dirasakan tidak dijangka. Baru 2 hari lepas beliau post dalam facebook miliknya bertanyakan tentang ubat untuk masalah semput yang dihadapinya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga kamu tenang di alam sana.

Yang pergi tetap pergi, tak akan kembali lagi. Kita yang tinggal ni perlu meneruskan hidup hingga kita pula dijemput olehNya nanti. Teringat aku, beberapa bulan yang lalu aku dikejutkan oleh berita pemergian suami rakan sebilikku semasa aku bersekolah di sekolah yang terletak di utara semenanjung. Juga pemergian yang tidak disangka, permergian akibat kecelakaan jalan raya. Mohon bertabahlah ye kawan, semoga kamu kuat dalam membesarkan anak-anak sendirian. 

Dua kisah kematian yang tidak disangka. Kita tidak tahu rahsia Allah. Hujan-hujan begini terasa syahdu pulak bila teringatkan kisah-kisah kematian insan yang pernah rapat dengan kita, semoga pengakhiran kita husnul khatimah hendaknya, aamiiinnn...

saja ja letak gambar ni 😌

Saturday, 17 August 2019

HADIAH DARI ALLAH part 2

Alhamdulillah, HADIAH DARI ALLAH sudah tiba all most 11 months ago (sorryyyy... kata nk update, tapi tak pun kan.... 🙏)

Dengan kehadiran cahayamata ke lima, lengkaplah tujuh ahli keluarga kami. Terima kasih Allah... Kali ni Allah hadiahkan baby girl untuk aku & my hubby. 


hari-hari pertama baby maryam



buah hati kakak2 abg2... Alhamdulillah



Wednesday, 11 April 2018

HADIAH DARI ALLAH

Assalamualaikum semua... dah lama tak mencoret sesuatu di sini.

Tahun 2018 ni, aku & my hubby akan dapat hadiah lagi dari Allah, alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Semoga dengan kehadirannya akan menambahkan lagi kemanisan hidup kitorang... Aamiiin

Hadiah apa? Tungguuuuuuuu


depa ni sepupu... kawan baik 😉😉

Monday, 9 October 2017

KE MANAKAH MENGHILANG

Assalamualaikum semua... 

Allahu... Lama sungguh la tak berblog ni, punya la lama tak bukak, dh bersawang dh blog ni aku tinggal... Maaf ye semua, bila tibanya kemalasan itu, aku tak leh buat apa2... bertahun kot tak bukak blog ni... Ok, lepas ni aku janji yang aku akan update bila ada masa je yek... 

Jangan marah hakak ye...

Aku sekarang sibuk dengan aktiviti di tempat keja dan ofkos la di rumah... Dalam tempoh setahun ni aku busy sangat, my hubby the chubby dah ke luar dari daerah ni, bekerja mencari rezeki untuk kami semua... Di awal peninggalan hubby aku ke tempat keja baru dia, memang aku kelam kabut... Semuanya aku yang kena buat sendiri... Dek dah terbiasa semua dia yang uruskan dari bab anak-anak sekolah hinggalah masak untuk makan kitorang sekeluarga, jadinya aku jadi tenggelam punca sekejap nak uruskan semuanya sendirian.

Sekarang dah setahun berlalu dan dah jadi biasa dah dengan urusan harianku. 

tiga ketoi ni penyeri rumah (lebih kepada periuh rendah la senang... haha)


Yang tengah tu yang kecik hari tu, dah besar dah, dah 2 tahun 5 bulan... Banyak cakap pulak tu...

Satu hari tu bawak dia nak pegi ambik duit kat ATM, sibuk nak ngikutnye... Dari jauh dah dengar dia mengomel... 

Adik - Eh.. eh... Luwi shapah... (lori sampah ye harap maklum...)
Mama - ???

Sampai je kat ATM tu, tiba-tiba dia sapa orang kat sebelah aku, orang tu pun tengah guna ATM jugak. Camni bunyi ayat dia...

Adik - Hai luwi shapah...
Mama - Adikkkkkk??? 

Bertuah punya budak, dia tegur pakcik sebelah dia tu dengan gelaran 'lori sampah' Allahu... Untuk makluman, anak aku ni kenal sangat baju pekerja Majlis Perbandaran di daerah aku tinggal ni... Maaf ye... Anak saya baru belajar bercakap... huhu

Ni si kakak aka Along... 


Anak sulung mama dan papa... Macam-macam kerenah sementara nak kenal erti kehidupan. Mama harap along enjoy saat-saat membesar along, nanti bila along dah dewasa mesti along rindu saat-saat tu...

Sehari-harian aku sibuk dengan diorang berempat ni (along je yang jarang-jarang ada di rumah... dia tinggal di asrama). Along balik bermalam lagilah mama busy.

Oklah ye... Bye, jumpa lagi nanti...

Wednesday, 1 June 2016

OH RAMADHAN

Assalamualaikum

Cakap pasal Ramadhan ni, teringat aku satu masa dulu, aku ni suka sangat buat kek.. Nak-nak dekat nak raya, mesti ada dua tiga jenis kek atas meja di pagi raya. 

Aku ni ex-student course Bakery & Confectionery masa sekolah dulu, aduhhh... teringat kenangan indah di SMVSP2... Kawan-kawan seangkatan yang happening... Guru yang sporting, environment yang indah dan menyeronokkan. 

Tu semua kenangan 20 tahun yang lalu, lama dah rupanya, tapi kenangan itu masih segar di ingatan.

Tahun ni aku nak mula balik meniaga kek yang dah lama aku berangan nak buat. Insya Allah dengan izinNya...

Ok bhai... ni aku belanja gambo kek ye




Tuesday, 31 May 2016

APA NAK JADI NI

Assalamualaikum semua...

Jangan marah ye, dah lama aku tak berblog... Janji tinggal janji... Entah apa yang buat aku busy sangat aku sendiri pun tak tahu.

Harapan aku semuanya sihat-sihat belaka. Lama tak menulis, agak kekok jugak la... Nak cerita apa pun tak tau.

Haaa... Anak kecik aku dah setahun, awal bulan baru-baru ni. Macam tau je hampir nak birthday dia, sehari sebelumnya dia dah mula mengatur langkah yang pertama. Mula dari hari tu tak duduk diam dah, jalan je and lately dah mula nak berlari-lari bila kakak-kakak dan abang dia kejar, penat termengah-mengah berlari, kembang idung-idung...haha

Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi kan, harapnya dapatlah kita ambil peluang keemasan ini untuk melakukan ibadah dengan semaksimum mungkin... Peringatan untuk diri sendiri jugak ni...

Bulan puasa ni, my hubby nak buat bisnes jual lauk pauk, aku pun ada plan nak meniaga kek untuk raya nanti, harapnya jugak la semua berjalan dengan lancar hendaknya...

ni la budak masyam mama, ni gambar lama, masa ni tak boleh jalan lagi, masih debab lagi, sekarang ni dah kurus sikit dah...

Ok lah, jumpa lagi next entry la...

Jangan kecam aku kalau next entry ambil masa berbulan pulak...hoho

Monday, 11 January 2016

PENCAPAIANKU UNTUK TAHUN 2015

Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua. Semoga tahun ni akan lebih baik lagi berbanding tahun-tahun yang lalu.

Jika nak cerita pasal pencapaian tahun lalu, bagi aku pencapaian yang terbaik adalah menambah ahli keluarga... Hoho. Ye la... Dah tujuh tahun kot tunggu..

ni ha budak busyuk tu...

K Bai.



Sunday, 10 January 2016

ALONG OK KE TAK?

Assalamualaikum

31 Disember 2015 dah beberapa hari berlalu, korang mesti ingat kan yang anak sulung aku masuk asrama hari tu. 

Mulanya dia ok je.. Selang dua hari dia start call.. 


"Mama! Along tak nak duduk asrama..." suara sebak aku dengar dari corong telefon aku... Dalam hati pasaipa pulak la along ni... 

"Awatnya Along?". Aku tanya dengan penuh kasih, bukan apa takut sentap nanti payah... hehe

"Payah nak mandi la Ma...". Aduiii... sebab tu je? Hehe... 

"Tu je along? Nanti lama-lama along pandai la sayang...". Pujuk aku, adoi payah kalau gini gaya.. Hehe

"Tunggu hari Sabtu ni mama dan papa pi kat along na...". Kesian pulak anak aku ni.

Mau taknya... Mananya pernah berpisah dengan mama ni ha... Dia rasa pelik, aku lagi la rasa pelik bila dia tak de... Baru kurang sorang anak, macamana kalau semua dah bawak haluan sendiri nanti... tinggal mama dan papa je sampai ke tua...

Hari Sabtu seperti yang dijanjikan, aku, papa dan adik-adik pergi la melawat along di sekolah baru dia. Sebenarnya dia ok je... Homesick, biasa la tak pernah pisah dengan mak bapak, gitu la jadinya. Ini permulaan baginya dan bagi aku jugak, next abang pulak then syiqa. Tinggallah mama, papa & adik. Adiknya lambat lagi.. hehehe

Khamis ni along boleh balik kampung, seronok la dia. Harap-harap semuanya ok bagi along, along ok mama pun sama. 

Sayang anak mama

K Bai.

Wednesday, 23 December 2015

TAK LAMA LAGI DAH

Assalamualaikum

Baru-baru ni, anak dara sulung aku, Along dapat result UPSR. Aku dan hubby tak meletakkan harapan yang tinggi.. Cukuplah dia berpuas hati dengan keputusan yang dia perolehi, tapi sebak aku tengok dia... Keputusan yang dia dapat bukan seperti yang dia harapkan. Usai ambil keputusan dari guru, dia menonong je cari papa dia... Tak pandang pun kat aku ni ha... Aku tau dia sedih.. Biarlah dia peluk papa dia dulu... Sampai ke sudah aku tunggu-tunggu dia datang cari aku, hmmm... Tak datang pun. Kesian Along mama.

Lama aku menanti, akhirnya aku yang pergi peluk dia, mengalir juga air mata bila anak kita sedih macam tu, tak pe lah Along, ni baru permulaan... Nanti Along buat yang terbaik lagi di masa depan ya...

Dengan keputusan yang dia dapat tu, Along mohon untuk masuk ke Sek Men Agama Nadzah, Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah. Memang itu impian dia, nak sambung belajar di sekolah agama. Along happy, mama pun sama ;-)...

31hb Disember 2015

Along akan mendaftar sebagai salah seorang pelajar di SMA Nadzah, ya... dia dapat masuk sekolah tu... Mama harap Along akan bangkit dan berusaha lebih lagi untuk masa depan. Berusaha untuk jadi yang macamana Along nak.

Lepas ni tak de la orang yang nak tolong mama hidang makanan atas meja makan, tak de lagi la orang yang nak tolong mama basuh pinggan, tak de lagi la orang nak ngasuh adik yang gendut tu, tak de lagi la orang yang boleh tolong mama sapu sampah dan kemas rumah, tak de lagi la orang nak tolong berleter kat adik-adik bagi pihak mama.. huhu. Lepas ni Along dah jadi orang besar, dah kena belajar berdikari, duduk asrama elok-elok ya, jaga diri baik-baik... Mama Sayang Along anak mama.

Nanti mama rindu la kat Along... huhu

Belajar rajin-rajin ya sayang...

Tuesday, 8 December 2015

KISAH LELAKI INI

Assalamualaikum

Rasa macam nak menulis pulak hari ni.

Semalam, semasa perjalanan pulang dari menyambut ulang tahun kelahiran mak yang aku sayang di sebuah restoran di utara, abah dan mak sempat kongsi dengan aku kisah tentang lelaki ini.

Kisah tentang lelaki ini menimbulkan semangat yang luar biasa kepada diriku, kisah tentang kejayaan lelaki ini yang persis kisah dongeng atau kisah yang hanya kita boleh lihat di kaca tv. Sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi kepada mereka-mereka yang tengah down.

Lelaki ini hanyalah lelaki biasa dari pandangan mata, belajar hanya sampai darjah empat sahaja (maknanya dia tiada sijil UPSR la... PMR dan SPM lagila takdak...) Punyai hidup yang agak daif di zaman kanak-kanak, kawasan kediaman yang sering dinaiki air membawa dirinya dan keluarga berpindah ke sebuah kampung berdekatan dengan Pantai Merdeka. Dia membesar di sana bersama adik beradik yang lain, membesar dengan keadaan hidup yang serba kekurangan, namun Allah kurniakan mereka hati yang kental melawan takdir untuk mengubahnya untuk dijadikan panduan oleh orang lain.

Ditakdirkan apabila menginjak usia remaja, lelaki ini cuba keluar untuk mencari rezeki sendiri, adik beradik dia semuanya begitu terpaksa mencari rezeki sendiri walaupun usia masih muda. Lelaki ini akhirnya bekerja di laut, mengikut bot nelayan yang menangkap dan memproses bilis. Lama... agak lama jugak dia mengikut bot nelayan tersebut, hingga sampai satu masa tokey bot dah pass kat dia bot dengan awak-awak sekali dengan bisnes-bisnes sekali dan dari situlah bermulanya kisah lelaki ini.

Bot-bot nelayan yang melakukan operasi menangkap bilis ni ada satu port makan baik punya di Indonesia, diorang akan singgah makan-makan di situ jika kebetulan lalu atau berada berdekatan dengan tempat tu. Bukan bot-bot nelayan yang kecik-kecik je tau, yang besar-besar pun singgah makan di situ.

Nak dijadikan cerita, satu hari semasa makan-makan di situ, lelaki ini disapa oleh seorang kapten kapal berkulit putih, jangan ingat lelaki ini tak faham bahasa inggeris, walaupun dia kerja atas bot nelayan yang memproses bilis sahaja, dia belajar bahasa inggeris bila ada kelapangan. Kapten kapal tersebut offer lelaki ini kerja dengan dia, namun jawapannya akan diberi selepas sebulan, itu yang dipersetujui oleh mereka berdua.

Sebulan kemudian, seperti yang dijanjikan mereka pun bertemu di lokasi pertama mereka terjumpa dulu dan lelaki ini bersetuju dengan tawaran kapten berkulit putih tu dan bermulalah kerja lelaki ini dengan majikan baru dia. Rezekinya memang murah, majikan barunya mengajar bagaimana membaca peta di tengah laut, mengajarnya selok belok kerjanya hinggakan lelaki ini dihantar oleh majikannya untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi kapten kapal yang bertauliah, masa tu dia dipandang enteng oleh mereka-mereka yang turut mengambil peperiksaan yang sama, manakan tidak dengan pakaiannya yang tidak sesuai dan senang cakap selekeh (orang kampunglah katakan...).

Nak dijadikan rezeki dia, dapatlah jadi kapten kapal yang diiktiraf, namun kejayaannya bukan semua orang boleh terima, ya la.. Lelaki ini dulu hanyalah seorang budak yang tak punya apa-apa, tiada kelulusan akademik yang tiptop, tiada harta untuk dibanggakan boleh berjaya hingga macam tu sekali. Sekarang hartanya berkepuk, tapi dia masih sama, masih low profile macam dulu, masih selekeh jugak.. hehe

Satu hari, saudara bau-bau bacang abah ada buat kenduri, kenduri kahwin kalau tak silap dan yang hadir tu banyak orang-orang kapal, abah pun tanya salah seorang dari mereka kenal tak lelaki ini, orang yang ditanya oleh abah tu pantas menjawab, kenal sangat sebab dia bos saya... Kapten *** namanya. Barulah kisah kejayaannya dicungkil untuk mengetahui apa rahsianya. Tiada rahsia, jika Allah kata ' Kun Faya Kun...' maka jadilah ia.

Panjang pulak entri aku kali ni, bukan apa, aku kagum bila orang yang tak punya apa-apa boleh berjaya dalam hidup, hidupnya totally change. Semoga dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang tengah mencari tujuan hidup, yang tengah cuba untuk membina kembali hidup yang ditimpa musibah dan jangan lupa, ujian yang DIA bagi tu tandanya dia SAYANG kita.

Alhamdulillah

Tuesday, 1 December 2015

HELLOOOOO... PLEASE BEHAVE UR SELVES

Assalamualaikum

Adoi... Pagi-pagi lagi dah buat aku naik darah, tahu la aku bawak sang kancil comot je.. Jangan la ko buat sesuka hati ko je... Mentang-mentang la ko bawak keta beso... Eh pompuan memang bawak keta cenggitu ke (dah aku ni bukan pompuan ke yang boleh tanya soklan gitu... hoho)

Citenya gini... Aku keluar awal hari ni, dah siap awal aku pun keluar la bawak slow-slow (nak kata slow sangat tak la jugak, 80km sejam gitu...). Tengah sedap dengar lagu yang Hotfm putarkan untuk halwa telinga sambil follow satu lori ni tiba-tiba ada keta beso potong aku dan nak menyelit antara aku dan lori tu, korang bayangkan keta dia jenis 7 sitters tu nak menyelit celah sang kancil dan lori yang jarak antara kami tak sampai pun sebijik keta... Ish menyirap darah aku, apa lagi panjang je la bunyi hon si comot ni.... Piiinnnnnnnnn... Ha.. panjang camtu, amik ko.. Apa la bahayakan diri sendiri dan orang lain. Haloooo.. aku ada si sado kecik yang tunggu aku balik keja hari-hari tau, ko ni takde sapa-sapa yang tunggu ko balik ke. Aduhhh... Sesak nafas sekejap.


Ni ha bos kecik tunggu aku hari-hari balik keja.... Ko hado??


Kadang-kadang sebab-sebab macam ni la pemandu wanita selalu disalahkan, bawak keta loq laq, aku pun pemandu wanita jugak... Fikir la sikit ye, tak sayang nyawa sendiri takpe, hargai la nyawa orang lain, orang lain ada orang yang dia sayang and sayang kat dia tunggu dia hari-hari.

K Bye

Monday, 21 September 2015

PERLUKAH...

Salam semua....

Kali ni aku nak serius sikit... (boleh ke...), bukan apa, aku kena buat keputusan yang penting... Perlukah semua ini??? (dah soalan pulak...). Korang ingat senang.... Kena buat keputusan yang melibatkan masa depan aku, my hubby & tentunya permata-permata hatiku. Satu waktu dulu aku pernah buat keputusan sebegini, namun keputusan aku tu tidak kena dengan keadaan dan kini aku mesti istiqamah dengan apa yang akan aku lakukan. Bukan keputusan yang aku dah buat dulu tu tak tepat, tapi tak kena gayanya... 

Telah lama aku berbincang dengan hubby tentang ni dan kini sesuatu perlu dilakukan...demi masa depan. 

Orang kata kalau kita tak da rezeki di satu-satu tempat tu, kita kena berhijrah... Inilah yang akan aku & hubby lakukan, demi anak-anak dan kelangsungan hidup. Pening kepala dibuatnya...

Bila difikirkan, perlu atau tak perlu aku buat keputusan ini.... Jawapannya amat perlu dan sebabnya biarlah aku je yang tahu...

Ok, doakan keputusan ini adalah yang terbaik yang pernah aku buat, Ya Allah bantulah aku...

Chow

Sunday, 13 September 2015

HALOOOOO

Allah haiiii... lamanya la tak menulis, rindunya tak yah cakap la... sendiri mau ingat.

Maaf ye semua, busy la sangat tahap apa ntah...sejak ada baby ni lagi la busy (busylah sangat...ngeeee), ni pun baru masuk keja lepas 3 bulan cuti (best gile cuti lama ni...hohoho)

Bayangkan la last entry aku bulan February, dah berapa lama aku cuti menulis..hmmmmm

Alhamdulillah setelah sekian lama aku dan hubby the chubby menunggu kehadiran orang baru, akhirnya yang dinantikan telah pun tiba... banyak dugaan yang aku tempuhi, perjalanan jauh ke tempat kerja yang memakan masa lebih kurang 40 minit drive, macam-macam kerenah pemandu yang aku hadap hari-hari. Mana yang bawak keta macam nak ajak orang terjun longkang sama dengan dia, mana yang bagi signal terus masuk simpang (rasa kering darah sekejap...sabo je le...), mana yang main cucuk-cucuk belakang (aku brek tau pulak terkejut) & macam-macam lagi la...


ni la permata hati ke empat aku dan en hubby

Ni la khalifah kecil baru dalam keluarga aku... Lahir dengan berat 2.1 saja, macam tak percaya proses kelahirannya yang macam mimpi... Dalam labour room tak sampai setengah jam, Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya...

 

terkini

Sapa sangka dalam tempoh masa 4 bulan, Ahmad Aryan Haziq kini seberat 6.5kg... Tak padan dengan berat tak sampai 2.5 masa lahir dulu, doa mama semoga anak mama ni jadi anak yang soleh, mendengar kata ibubapa & menjadi penyejuk mata dan hati mama & papa... Aamiiinn

Wednesday, 4 February 2015

SAKIT PULAK BELAKANG EDEN

Salam semua

Dah nak masuk 28 weeks dah... Badan makin berat, dah rasa macam gemuk gila dah bila baring and lambat nak boleh bangun... Biasa la faktor usia...(ish..rasanya muda lagi kot...)

Along dah makin boleh harap, dia pun tau mama dah makin tak larat nak bawak badan dan baby bump yang makin membesar dan dia makin exited untuk tunggu adik baru dia keluar tak lama lagi. Terima kasih along, tolong mama di dapur, tolong mama kemas rumah and sapu sampah, tolong tengokkan abang dan kak cik (lebih pada berleter kalau diorang nakal...hehehe)



Along zaman chubby...rasa nak cubit je pipi dia yang tembam tu...



Masa ni dah besar sikit...


Ni la adik-adik dia yang selalu buat onar tu...


Kebelakangan ni badan selalu rasa tak selesa, maklum la muatan berlebihan la katakan...Nak tengok tv dengan anak-anak and my hubby the chubby sambil baring-baring pun dah tak boleh sangat... Kalau baring jugak, alamatnya payah la nak boleh ke bangun....aduiiii... Yang jadi mangsa untuk bolehkan aku bangun, sapa lagi...my hubby la...tak pe la...muatan dia lagi lebih...hehe

Lebih kurang 3 bulan lagi akan ada ahli baru dalam family aku, tak sabar nak lihat wajah dia, muka mama yang chomel ni ke?? Ke muka papa yang garang tu?? (Orang kata garang, aku tengok ok je...hmmm...dah laki aku, ok la kan...cer laki orang...)

Oklah...nak buat kijo sikit...

Jumpa lagi no...

Tuesday, 30 December 2014

HOBI LAMA DATANG KEMBALI


Salam semua...

Sejak preggy ni kan, aku teringatkan hobi lama yang dah lama aku simpan dalam kotak. Simpan kemas-kemas dalam bilik stor...hmmmmm

Ntah kenapa tiba-tiba bersemangat nak mulakan semula apa yang menjadi minat aku sejak di bangku sekolah menengah lagi

Ni aku kongsi gambar apa yang aku sambung kembali setelah hampir 7 tahun aku tinggalkan tanpa siapkan...(malasnyalah masa tu kan...)

Yang kat atas ni dah siap dah hampir sebulan yang lalu, sekarang ni aku tengah try buat head band untuk baby gurl pulak...(sebenarnya aku ada projek baik dengan officemate aku ni...hehehe)


 
cantik tak??perasannya....


Ada lagi in progress, hai...tak sabar nak tengok hasilnya...

Sabar ye...nanti aku kongsi dengan korang...

Bye, jumpa lagi...

Monday, 29 December 2014

HALOOOO.....

Assalamualaikum

Feeww...dah lama aku tak singgah blog aku ni... Dah berbulan tergantung dengan perkataan "Assalamualaikum..."

Maaf le semua, aku busy dengan kehidupan aku, dengan assignment, anak-anak, hubby yang cubby tu, ofis, my home sweet home and my baby bum yang makin besar ni....(eh eh...ngandung ke??)

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk aku dan hubby the cubby untuk merasai kembali pengalaman hampir 7 tahun dulu... (setelah keguguran bulan 12 2013...terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami suami isteri merasai nikmat ini sekali lagi...Alhamdulillah) 

My baby bum dah makin nampak, all most 5 month, tak sabar nak rasai pengalaman di bilik bersalin sekali lagi, InsyaAllah...


nampak tak? hehehe

Idea dah banyak menimbun...bila simpan lama-lama, ada separuh yang dah tak ingat (faktor usia). 

Just singgah untuk sapa korang, azam tahun baru.....nak update blog dengan lebih gigih lagi...(ye la tu...)

K, jumpa lagi korang....