Monday, 16 December 2013

LAPAR TENGAH MALAM


Lama rasanya aku tak post kat blog aku ni.... Sedikit busy akhir-akhir ni....Sebelum mulakan kerja aku selak-selak Harian Metro online (Hmetro), nak tengok sekali imbas berita-berita terkini...

Tertarik aku dengan artikel ni...jom kita baca sama-sama.






Selera tak mengira masa. Mulut terasa nak mengunyah, perut berbunyi minta diisi, padahal mata sedia untuk beradu.


ELOK DIMAKAN

Ceri: Antara makanan terbaik dimakan sebelum tidur kerana dapat mengurangkan berat badan. Ia salah satu daripada makanan semula jadi yang mengandungi melatonin di mana membantu mengawal ‘masa badan’. Ceri, buah yang manis dan segar dan jika bagi sesiapa yang mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki kitaran waktu tidur anda.

Susu: Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, ia fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi ‘tryptophan’ iaitu sejenis asid amino yang berperanan sebagai pelopor serotonin. Serotonin berupaya mengatasi sindrom kemurungan, gangguan emosi serta masalah tidur dalam kalangan orang dewasa. 

Beras ‘Jasmine’: Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Inilah jawapannya! Badan akan mencerna beras Jasmine perlahan-lahan dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah. Ia mengandungi mineral maganese sebagai bahan antipengaratan dalam tubuh badan, mengekalkan berat badan ideal, mengandungi selenium dan serat sebagai antikanser selain menurunkan kolesterol dalam badan. 

Bijirin: Bijirin adalah makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan. Cuba bijirin berasaskan gandum, quinoa atau barli dan campurkan dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.

Pisang: Buah-buahan ini bagus dimakan sebelum tidur. Pisang mengandungi magnesium dan potasium yang akan membantu merehatkan otot. Pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian, ia memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.


TAK ELOK DIMAKAN 

Pasta: Walaupun ia makanan yang lazat dan cepat untuk disediakan sebelum tidur tetapi sudah pasti ia bukan makanan ideal dimakan pada waktu malam. Elakkan memakan pasta sebelum tidur kerana ia boleh menaikkan berat anda. Perlu tahu bahawa pasta juga mempunyai indeks glisemik tinggi bermakna akan melambatkan tidur, mengacau keseimbangan tahap gula dalam darah dan mungkin akan menyebabkan terjaga di tengah malam.

Aiskrim: Kadang-kadang kita mengidam semangkuk besar aiskrim. Fikir dua kali sebelum membuka peti ais kerana aiskrim sarat dengan lemak. Gula terkandung dalam aiskrim akan memberikan tenaga yang agak banyak, sekali gus melambatkan tidur lalu menjadikannya lemak. Dipercayai, pengambilan makanan gula tinggi boleh menyebabkan mimpi buruk.

Saderi: Saderi adalah bahan diuretik semula jadi yang akan membuatkan kita berulang-alik ke bilik air pada waktu malam. Sudah tentu, perlu makan sayur-sayuran kerana kaya dengan nutrien, tetapi anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kesan diuretik seperti saderi.

Coklat gelap: Senario biasa di mana apabila duduk di depan televisyen akan mula mengidam untuk makan coklat. Tidak dapat disangkal lagi coklat gelap memang lazat tetapi ia mengandungi kafein yang mungkin akan mengganggu tidur. Coklat gelap juga mempunyai perangsang seperti theobromine yang kadangkala akan membuatkan jantung berdegup laju.

Piza: Fikir dengan teliti sebelum membuat pesanan piza sebelum tidur kerana perut dan seluruh badan perlu berehat sebelum tidur dan sudah semestinya piza bukan makanan ringan sama sekali. Sos tomato mempunyai tahap asid tinggi selain pemangkin untuk refluks asid. Anda disyorkan untuk mengelak makan piza supaya tidur tidak terganggu. 

Bagus sangat untuk menambah pengetahuan kita...Kadang-kadang kita tak tahu pun apa yang elok dan apa yang tak elok kita makan sebelum tidur kan...aku tahu, ramai yang suka makan sebelum tidur, nak-nak bila tidur lewat kan...aku tahu la...sebab aku pun macam tu...(ehehe...sengih sorang-sorang). 


Oklah..kita jumpa lagi di entri yang lain pulak...Bye

Tuesday, 19 November 2013

LOGHAT UTARA



Assalamualaikum semua.....

Lama rasanya tak post apa-apa, busy skit kebelakangan ni. Sambil bawak keta nak ke tempat keja pagi tadi, aku buka Kedah FM, dengar la loghat yang kadang-kadang dah lama aku tak dengar (maklum la..aku dah lama merantau, loghat ibunda aku pun dah banyak yang aku lupa...dan loghat pantai timur yang mengambil tempat). Kini, aku telah kembali ke tanah tumpahnya darahku, jadinya loghat ibunda aku semakin meniti di bibir...kadang-kadang rasa nak ketawa pun ada, banyak loghat yang dah lama aku tak dengar...

Jom, aku nak share loghat-loghat utara dengan korang....

Pancat - pancit (tayar)
Pagut - patuk (ayam @ burung)
Lokoih - basah kuyup
Pelenggaq - Pangkin
Belemoih - comot
Pulun - bersungguh-sungguh
Makngot - lembab
Mengkala - bila
Ketegaq - degil
Segheyat - reda (hujan)
Seghedak - serbuk
Balun - pukul 

Hmmmm...ni antara loghat yang aku ingat sekarang, InsyaAllah lain kali aku kongsikan lagi ek...

Ok, aku beransur dahulu...jumpa lagi lain kali...

Sunday, 3 November 2013

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH




Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.






Maksudnya: 

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.





Doa Awal Tahun 

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433. Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang . 



Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, 17 October 2013

SALAM AIDIL ADHA

Rasanya belum telewat lagi kot nak ucapkan Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di Malaysia...Dalam maknanya PENGORBANAN, dan banyak juga cerita yang mengiringi erti pengorbanan ini. Pengorbanan sangat penting dalam hidup...hanya yang pernah melakukan pengorbanan saja yang mengerti...

Amboi...dalam maksud tu...oklah, sempena hari Raya Korban ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...Pagi raya tahun ni, bumi Kedah basah disirami hujan...syahdu je dengar takbir raya di waktu subuh, mendayu-dayu...aku sekeluarga tidur rumah mak, kesian dia tak de sapa nak tolong buat persiapan raya (adik beradik yang jauh tak balik raya ni...)

Dalam dok bersiap-siap di pagi raya, sempat lagi snap gambar anak-anak yang exited...

        


Anak-anak tetap seronok....

Diorang ni kalau bergambar memang suka sangat, tapi diorang tak tahu yang mama & papa diorang pernah berkorban semata-mata untuk masa depan diorang, harap-harap pengorbanan mama & papa akan mendapat balasan yang setimpal...amin.

Oklah semua, setakat ni je untuk edisi kali ni...Salam Aidil Adha untuk semua...

Monday, 14 October 2013

SEJUKNYA HARI NI...

'Sejuknya hari ni.....' kata hatiku...Ni ekoran hujan yang berpanjangan menyimbah bumi utara tanah air sejak dua - tiga hari ni...(cheh...macam ayat dalam novel pulak). Sejuk betul, Kedah dilanda hujan je semenjak dua minggu kebelakangan ni...tapi best jugak, segar je rasa udara...

Masa ni la aku nak bersantai sikit setelah berhempas pulas menghadap kertas final exam aku...tak banyak paper yang aku ambik kali ni...tapi stress tetap ada beb...



Kertas peksa...huhu...

Habis je last paper masa exam hari tu...terus aku drive balik, hati rasa lapang sikit & kepala pun dah tak berat sangat dah...(yahooo...dalam hati rasa tenang je...), bukan aku kata yang sambung belajar ni membebankan aku, aku yang pilih macam ni, jadinya aku kena la terima semuanya dengan tenang dan sabar kan...tapi habis sudah tanggungjawab yang aku galas sebagai student untuk semester ni...Tunggu semester depan pulak la nak sambung stress aku...(ehehehe....sambil sengih sorang-sorang).

Sambil-sambil drive sambil-sambil layan lagu 'Mirrors' dari Justin Timberlake (best layan lagu ni...), tiba-tiba aku ternampak sesuatu...


Korang nampak tak apa yang aku nampak....ala...benda ijau atas pokok tu...


Baik punya terbang...


Last-last mendarat kat atas lori tu....hish...seram...besonye alien tu....

Nasib tak terbabas keta aku...sempat lagi aku snap gambar-gambar ni...nak tunjuk kat anak-anak....

Sampai je rumah, terus aku panggil si adik...aku tunjuk kat dia gambar alien yang landing atas lori tu....dia punya exited, bawak tunjuk kat kakak ngan abang dia pulak....Tapi yang aku peliknya...lama nor diorang dok belek gambar tu...Aku pun keluar dari bilik, tengok diorang khusyuk tengok tv...aku tanya adik, takut tak tengok alien tu??? Tau apa jawapan dia??'Äla Mama ni...adik tau la apa benda tu, tu gambar belalang yang lekat kat cermin keta Mama...' Ehehe...dia tau rupanya....Baru aku nak menduga akal dia...

Sekarang ni dalam mood cuti (cuti semester), 'Aku nak santai-santai baca novel la...' kata hatiku...Petang tu aku selongkar almari buku cari novel-novel yang aku beli tapi tak baca-baca lagi...Bukan senang nak ambik mood nak baca novel...Akhirnya ni yang aku jumpa...


Beli dah lama, tapi mood nak baca tak mari lagi...hmmm

Ada lagi dalam almari, tunggu turn...hehe...Oklah...nak bersantai sambil baca novel jap, see ya next time...

Chow...

Tuesday, 1 October 2013

SELAMAT MAJU JAYA

Terasa begitu cepat masa berlalu, bulan berganti bulan dan sekarang telah berganjak ke bulan Oktober...Terasa begitu lama jugak aku tidak mencoret sesuatu di sini...Sedikit sibuk dengan tugasan harian, walaupun dalam mood 'exam' terasa rindu untuk mencoret sesuatu...

Dua tiga minggu kebelakangan ni, macam-macam benda yang berlaku di sekitar kehidupan aku. Mana yang memerlukan fikiran untuk berfikir, mana yang memerlukan kederat untuk membanting, mana memerlukan emosi untuk melepaskan apa yang terbuku...tapi semuanya tidak mengganggu tugas-tugas aku sebagai wanita berkerjaya, anak, mama, isteri dan juga pelajar...Minggu ni adalah minggu terakhir kawan-kawan setugas yang bergelar PPM menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Terasa kehilangan jugak bila ada yang rapat pergi meninggalkan aku yang baru nak mengenal hati budi diorang...Selamat Maju Jaya aku ucapkan kepada mereka terutamanya Linda pemilik blog Rencah Kehidupanhttp://luvzaraadelia.blogspot.com/ ) dan Naterah pemilik blog Qasehku http://qasehiranatt.blogspot.com/ ). 


Yang tengah tu la Linda...sian dia...'Linda tak sedih kan...kan...kan...'


Ni semua geng kami...'Geng Garam Belacan'


Yang comel tengah pegang kek ni la Naterah namanya...Aalah tomey...tomey... Tapi yang paling tomey...of course la yang dok rambang mata tengok makanan tu...aku le tu...hehehe

Mulai minggu ni jugak aku berhempas pulas menghadapi kertas Peperiksaan Akhir aku untuk semester ni. Harap-harap success...amin. 


Study...Study...



Segala macam perasaan bercampur aduk sekarang. Yang pastinya aku akan simpan kenangan-kenangan ni sampai bila-bila...

Chow...Sayang Semua...


Monday, 2 September 2013

TANGGAL 31 BULAN 8...





30 Ogos 2005

Pergi check up macam biasa kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Jalan Gambut, Kuantan. Hari ni kena jumpa doktor...(hmmmm...lambat pulak la boleh balik macam ni...). Masuk bilik doktor, dia pun scan nak tengok keadaan baby, muka dia sedikit berkerut dan agak serius, dalam hati aku dah risau...

Akhirnya dia buka mulut, katanya " Awak kena pergi jumpa pakar kat Hospital Tengku Ampuan Afzan hari ni jugak...lepas ni terus ajak suami pergi sana, saya akan buat surat sikit... " Aku dah cuak, kenapa ngan aku ni?? Apa yang berlaku?? Aku dah naik takut... Doktor tu menerangkan kedudukan baby aku di dalam ni, dia kata air ketuban aku dah tak ada, tinggal sikit je di celah2 tengkuk baby, celah2 tangan dia... Doktor kata lagi, kalau tak pergi hospital hari ni, takut sesuatu yang tak diingini berlaku dan aku akan menyesal...ALLAH, aku dah jadi takut... Ya ALLAH, selamatkanlah aku dan anak ini...

Suami dimaklumkan dan kami bergegas balik ke rumah untuk mengambil beg yang aku dah siap kemaskan untuk menghadapi saat2 kecemasan begini. Sampai di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan berjumpa dengan doktor pakar, doktor scan sekali lagi kandungan aku dan dia mengesahkan yang air ketuban aku memang dah tiada...so aku warded malam tu, doktor kata aku kena bersedia untuk diinduce esok pagi...Ya ALLAH, aku redha...semoga aku dan anak ini selamat...amin

Malam tu aku tak dapat tidur, aku tak berasa sakit sedikit pun...(mungkin masa untuk bersalin tak sampai lagi, due date 04 September 2005), orang di sekeliling aku ada yang tengah mengerang kesakitan, ada yang menangis...tiba2 aku teringat ada yang berkata, kena banyak berjalan baru senang bersalin...apa lagi, aku pun jalan2 la sepanjang corridor, kononnya ambik angin...(tapi dalam hati berdoa semoga aku tak diinduce pagi esok dan semoga aku dapat bersalin secara normal)

31 Ogos 2005

Pukul 8 pagi aku dijadualkan untuk jumpa doktor untuk diinduce, aku bangun awal (walaupun malam tu aku tak boleh tidur...), aku buat susu dan makan sedikit roti untuk alas perut... Nama aku dipanggil dan doktor check bukaan jalan aku, amazing!! Jalan dah buka 3cm, Alhamdulillah...doktor kata aku dah boleh masuk labor room dan tak perlu diinduce...Aku maklumkan kepada suami dan aku ditolak masuk ke labor room hampir pukul 9 pagi...

Berada di dalam labor room selama lebih 5 jam, Alhamdulillah, jam 1.45 petang aku selamat melahirkan baby lelaki yang sihat dan cukup sifat secara normal tanpa sebarang masalah...

Terima Kasih Ya ALLAH kerana memberi peluang untukku menjadi mama sekali lagi...ALHAMDULILLAH

31 Ogos 2013

HAPPY BIRTHDAY ANAK MERDEKA MAMA, 

ABANG, MAMA SAYANG ABANG, SEMOGA ABANG MENJADI ANAK YANG BAIK DAN SOLEH UNTUK MAMA DAN PAPA









Thursday, 22 August 2013

AKTIVITI HARI RAYA

Raya Aidilfitri tahun ni tak balik rumah mentua. So sebagai ganti, aku & En Kekasih bawa anak2 picnic kat umah Mak Ngah diorang di Penang...Seronok sangat, sebab dah lama tak berpicnic, kesian anak2 mama..




Tak pe lah anak2 mama, janji kita berseronok...Orang sibuk beraya, anak2 mama sibuk berendam.

Sebelum terlambat 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA

Saturday, 17 August 2013

Read this! Important Info! SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN


Terbaca info yang berguna ni di FB, so aku nak kongsi dengan semua...selamat membaca..


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. 

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). 

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang. 


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) 


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. 

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. 

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi. 

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian. 


PENCEGAHAN 

  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. 
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah. 
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. 
  • Minta bantuan orang lain. 
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

BALASAN KERANA PERSENDAKAN HUKUM ALLAH


Tertarik aku membaca kisah ni…jadi aku nak kongsi dengan korang semua…semoga dapat dijadikan iktibar..



Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir.

Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. 

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang.Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

”Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphoneku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,”katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis.Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas.

Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.

Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut.

Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.

Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?

Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita.Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Sunday, 11 August 2013

SOLAT SUNAT DHUHA




Sesungguhnya rezeki itu telah di atur rapi oleh Allah kepada sekalian makhluknya, namun sebagai hambaNYA kita harus berusaha mencari rezeki tersebut...

"Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (QS. Al-Jumuah : 10)

Dari Firman ALLAH yang diatas ini sebenarnya ALLAH sedang memberitahu kepada kita yang rezeki ALLAH ada di merata muka bumi ALLAH, dan bertebaranlah kita mencarinya. Umar bin Khathab pernah menegur seseorang yang sampai menjelang siang masih berada di masjid tanpa mau bertebaran di muka bumi. Ingatlah, rezeki tidak turun jika tidak bertebaran di muka bumi karena langit tidak pernah menurunkan hujan emas. Bekerja mencari yang halal adalah sebuah kewajiban, setelah kewajiban pengabdian kepada Allah melalui solat.


Solat Dhuha adalah salah satu medium antara hamba & Pencipta Yang Maha Agung, ianya merupakan tanda kita berterima kasih yang tidak terhingga kepadaNYA atas kurniaan rezeki & limpah rahmatNYA kepada kita...Rezeki yang dikurniakan dalam pelbagai bentuk...bersyukurlah kita.

Nabi galak sunat Dhuha

“Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat ini sehinggalah Baginda ditimpa keuzuran. Baginda sendiri menggalakkan umat Islam supaya melakukan dan menjadikan ia sebagai amalan harian di pagi hari.

“Sepatutnya pagi kita perlulah dimulai dengan lafaz takbir, tasbih kepada ALLAH. Abu Hurairah pernah berkata: “Bahawa Rasulullah berwasiat kepadaku akan tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan witir sebelum tidur.” Hayatilah hadis ini kerana setiap perbuatan Rasulullah adalah sunnah,” katanya.

Menurutnya, paling banyak rakaat sunat Dhuha yang dikerjakan Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak disabdakan Baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Suratul Kursi boleh dibaca pada rakaat pertama, surah ini mengandungi pelbagai kelebihan dan penawar, manakala surah Ad-Dhuha atau surah As-Sham bolehlah dibaca pada rakaat kedua.

Kelebihannya

-Diampuni dosa walau seluas lautan

-Dimurahkan rezeki

-Dijanjikan ganjaran syurga

-Dari Abu Hurairah dari Nabi , Baginda bersabda : “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah
pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat ALLAH.”(Riwayat Tabrani)

-Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat ALLAH

Yang baik dijadikan amalan..tak rugi pun..Insyaallah

PUASA 6



Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri semua... 

Dah lama aku tak menulis di blog aku ni, terlalu sibuk kebelakangan ni...Tapi, rasanya belum terlewat untuk aku tujukan ucapan ni untuk semua.

Kali ni aku nak kongsi info tentang PUASA 6. Jom kita baca sama2..

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa          enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”            ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Ok, sama2lah kita merebut kebaikan & pahala puasa 6 ni..kredit untuk http://ping.busuk.org/

Wednesday, 24 July 2013

DENDANG PERANTAU




Kelam kabut aku pagi tadi dek kerana terbangun lambat (inilah penangan bila bangun sahur pastu tidur balik)...mana nk hantar kakak & abang ke sekolah lagi...nak isi minyak keta lagi...aduh..merah lagilah aku hari ni...

Tengah kelam kabut drive laju2...radio Klasik Nasional (radio kegemaran mak) memutarkan lagu Dendang Perantau...aduhhh...syahdu rasanya. Satu, sebab dah lama tak dengar lagu raya..satu lagi teringat masa duduk di perantauan dulu...sekarang ni dah balik home town mungkin tak rasa dah home sicknya, tapi mesti kekasih hati aku rasa rindu kt home town dia...sian my hubby...dia kata tak nak balik raya tahun ni, nak berkumpul ramai2 kt rumah adik dia kat Penang katanya...aku ikut je...janji dia dapat melepaskan rindu dia kat keluarga dia...

Suasana Hari raya kian terasa, mak dah ajak buat kuih raya dah...sabaq ya mak, cek ada kelas minggu ni...x dapat la nak nolong eh...tak pa minggu depan kita buat sama2  na...sian mak...Biskut wajib bila raya kat umah mak, biskut samprit (of course la kegemaran aku...ehehehe), biskut kacang, biskut coklat untuk cucu2 yang ada, kadang2 ada tart nenas...Tugas tambahan untuk aku, apa lagi...buat kek la...tahun ni nak try buat kek Red Velvet la...(nyum2 sedapnyeeee)

K la..Selamat Berpuasa semua & Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Saturday, 20 July 2013

HITAM? PUTIH? MERAH? BIRU? KUNING?

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, tapi persediaan belum lagi dibuat..warna apa tahun ni? Pening jugak bila memikirkan warna tema raya tahun ni...mula kata kekasihku nak warna purple & anak2 semua dah setuju...tup2 tukar pulak...nak warna merah hati...tak pe la kekasihku...janji ada baju raya untuk anak2...

Trend di Malaysia sekarang ni, baju raya mesti nak sedondon...satu family warna sama je..& ada yang beli kain sekayu supaya senang nak tempah, tak payah dah nak beli asing2..

Macam2 pilihan kain yang ada...semua cantik2, rambang mata jadinya...kekasihku kata shopping malam raya, hish...seriau jugak aku...buatnye tak de saiz @ pun warna yang kita nak kan naya...anak2 dah excited dah...

(ala.. senang warna pelangi lah.. xpun belang2 jd kuda belang Kak Nora kata.....ehhehehehehehehehhehehhhehehe jgn mara naaa... bln puasa ni.....)

Hish...dan lagi Kak Nora ni sambung aku tengah mengarang ni...(tak marah aih...bulan puasa tak leh marah2 Kak Nora...hehehe)Hmmmm...betul gak kata Kak Nora, belang2 pun cantik kot...tahun depan la pulak Kak Nora..ehehehe..

Selamat lah bershopping kepada yang tak shopping lagi...jangan rambang mata sudah...beli yang perlu saja tau...jangan membazir, tak baik...




Sunday, 14 July 2013

KEMATIAN ADALAH PASTI


Salam Ramadhan semua...pejam celik pejam celik, hari ni dah 6 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, cuaca di utara semenanjung ni redup je 2 -3 hari ni, tak la rasa sangat bahangnya berpuasa..Untungnya kepada anak2 kecil yang baru belajar berpuasa, pastinya diorang tak rasa sangat lapar dan dahaga..

Bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan peluang bagi seluruh umat Islam untuk melipat gandakan amalan, baik yang wajib mahupun yang sunat...semoga amalan kita mendapat tempat di sisi Allah SWT. Rebutlah peluang keemasan ni...jangan sampai nyawa dah terpisah dari badan baru nak menyesal..masa tu dah tiada gunanya.

Cerita pasal nyawa terpisah dari badan, ada satu kisah yang nak aku kongsikan dengan semua. Kisah ini berlaku lebih kurang seminggu sebelum puasa, kisahnya begini...


Di Pejabat

Handphone aku berbunyi, bila disambut terdengar suara mak di hujung talian..

Mak : Ada, kawan adik, Piduih (Firdaus) meninggal semalam..hang nak                       ikut mak tak nak pi ziarah?
Aku :  Kawan adik yang mana mak?
Mak :  Kawan adik masa dia sekolah SDAR dulu..
Aku :  Oooo...sakit apa mak?
Mak :  Tak tau, tiba2 ja meninggal..
Aku :  Ok Mak, cek ikut..

Mak & abah datang menjemputku di tempat yang telah dijanjikan dan kitorang bertolak ke lokasi dengan mengikut kereta adikku yang berada di hadapan. Mengikut cerita mak, arwah baru 2 hari balik dari Mesir, ingin menghabiskan cuti semesternya di tanah air. Arwah Firdaus ni kematian ayah beberapa tahun lepas, jadinya arwah, adik beradiknya & ibunya tinggal dengan tok & tok wan sebelah ayahnya...

Menurut cerita mak lagi, malam kejadian, arwah telah pergi ke gim (aku tak pasti berapa kerap dia selalu ulang alik ke gim), balik dari gim, dia cakap pada ibunya yang dia rasa macam tak sihat (tak sedap badan) dan dia ada minta panadol dari ibunya. Belum sempat ibunya memberikan panadol, dia terlebih dahulu rebah & tak sedarkan diri..kesian..kepalanya terhantuk di bucu meja dan terluka.

Adik beradik yang ada telah membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah, ALor Setar. Setibanya di hospital, doktor telah mengesahkan yang dia telah tiada, ternyata Allah lebih menyayanginya. Senangnya arwah pergi kan..tapi apakah penyebabnya? Sudah ajal..Allah dah tentukan di Loh Mahfuz lagi, semua yang arwah lalui di saat kematiannya tu cuma asbab sahaja..sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi hambaNya..

Rumah Tok & Tok Wan Arwah

Setibanya di rumah tok & tok wan arwah, kelihatan ramai yang datang menziarah..kebanyakkannya keluarga terdekat & orang2 kampung berdekatan. Mak ajak aku masuk untuk melihat jenazah & sedekahkan Al Fatihah..terpandang je muka arwah, sedikit terkejut...walaupun ada luka di dahinya, tapi wajahnya yang seakan2 tersenyum membuatkan semua yang datang tak nak lepaskan peluang melihatnya untuk kali terakhir. Subhanallah...apa yang ada pada anak muda ni agaknya..senangnya dia menempuh saat kematiannya & wajahnya dihiasi dengan senyuman..

Toknya tak henti2 beristighfar, tanggapanku mungkin dia cuba untuk merelakan arwah pergi. Walau macamana sekalipun, dia mesti redha dengan apa yang telah berlaku...ada rahsia Allah yang tersembunyi di sebalik semua ini...Tok wannya pulak, dari aku, mak & abah tiba tadi, asyik berada di luar saja..tak nak masuk ke rumah, bila di sapa abah, katanya dia tak sampai hati nak pandang wajah arwah yang seakan2 tersenyum padanya..sebak..

Jenazah dimandikan dan dikafankan, kawan rakan arwah memenuhi ruang yang  ada, dalam hati terdetik..ramai kawan2 yang menyayanginya..ada yang mengesat air mata, ada yang terisak2..adik salah seorang yang paling rapat & dia jugalah orang pertama tiba sebaik dimaklumkan..kesian adik..menangis melihat sahabatnya buat kali terakhir. Walaupun aku tidak mengenali arwah dengan rapat, tapi bila mana melihat adik aku bersedih di atas kehilangan teman rapatnya, aku juga turut menangis...cukup sedih aku rasakan...Sudah lama keluarga kami tidak merasai kehilangan (kematian), siapalah yang akan menyusul selepas ini...Ya Allah..jika tibanya saat itu, Kau kuatkanlah semangatku untuk redha menerimanya..Amin..

Arwah Firdaus pergi meninggalkan kita di saat umat Islam membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak, bulan penuh keberkatan ini, siapa sangka..Ramadhan 1433H adalah Ramadhan terakhir baginya..Arwah meninggal dunia di usia 24 tahun, masih muda...

Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Al Fatihah

Saturday, 6 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan


Sebelum memulakan bicara..ingin aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua..memandangkan lagi 2-3 hari lagi Ramadhan akan tiba, jadi aku nak ucapkan Ahlan Ya Ramadhan. 

Seronok ingatkan zaman kanak2 dulu..bulan pose ni la yang paling seronok..mak masak sedap2 untuk juadah berbuka, boleh pegi terawih naik basikal dengan kawan2 (masjid dekat je dengan rumah mak..), ni aku nak cite sikit pengalaman aku masa aku kanak2 dulu..kenangan yang tak kan aku lupakan.

Biasanya bulan pose, aku akan pegi terawih kat masjid ngan kawan2 aku..dah siap janji dah ngan kawan2 ni..lepas je maghrib tunggu depan jalan dengan basikal masing2 & dah cukup korum baru pegi sesama..masa tu basikal tak de lampu, jadinya letak la lampu picit dalam bakul basikal..(konon2nye boleh la terangkan jalan...hehe..tapi tak terang mana pun..). Masa nak pegi tu meriah la jugak..bersaing ngan pakcik2 naik moto..nak lalu dekat ngan hutan getah yang seram skit..(orang kata bulan pose hantu syaitan kena rantai..tapi tetap gak nak seram...hehe).

Yang seronoknya pegi terawih kat masjid ni bukannya sebab apa...sebab ada moreh (yang buat makan2 lepas terawih tu...). Juadah yang disajikan sedap2, memang rugi sapa yang tak pegi...hehe..Kadang2 ada nasi daging (Kedah memang terkenal dengan nasi daging tau...tambah2 lagi yang mak buat...hmmmm...sedapnyeee), bihun sup & laksa pun selalu disajikan..kalau tak de sangat pun bihun atau pun mee goreng...Ish..memang best la..tapi tu zaman kanak2, sekarang dah tak de dah moreh2 ni..orang dah malas nak gotong royong macam zaman dulu2..

Ok sambung balik cite tadi, lepas je habih makan, kitorang pun nak gerak la balik ramai2...biasa la kena lalu kat tempat yang paling seram, apa lagi kalau bukan hutan getah tu..Aduh..sampai je kat situ..kawan2 aku dah mula pecut..kan dah letak lampu picit dalam bakul basikal..tapi tetap tak nampak jelas jalan yang kitorang lalu tu...

Nak dijadikan cerita, punya la laju aku mengayuh..boleh tak perasan ada lubang kat laluan basikal aku tu..apa lagi, masuk lubang la tayar basikal aku..lampu picit dalam bakul pun melambung sama sampai last2 dia berdiri tegak suluh ke atas..yang aku pulak, sakitnya buntut aku usah dikata la..nasib baik basikal tak masuk dalam semak...yang kawan2 aku ni bantai gelakkan aku semahu2nya...(cheh...kurang asam betul..)

Belum habih lagi...dah sampai rumah, janji pulak ngan kawan2 nak main mercun pulak..(tak padan ngan pompuan tu..), dah simpan basikal, masuk rumah kejap tukar baju..pastu terus keluar..tengah dok jalan slow2 tu..(takut mak nampak, dia tak bagi aku keluar main malam2..), dengar suara mak panggil..'Ada...hang nak pi mana tu??tolong tengok adik ni...'..Aduhhh..potong betul la mak ni...terpaksa la aku bawak adik aku ni sekali...tak jadi la nak main jauh2, main depan rumah je laa..

Adik aku ni nyibuk betul lah..hmmm..supaya senang aku main ngan kawan2 aku (diorang pun terpaksalah main depan rumah aku jugak..hehehe..), aku pun bagi la bunga api kat adik aku ni...Budak kecik kan..(umo dia dalam 4 tahun kot masa tu..), dia main2 last2 bunga api tu terbang & mendarat dengan jayanya atas belakang aku..apa lagi, tebako la baju yang aku pakai malam tu..aduhhh...adik aku ni...aku punya sakit ati,aku pun balas la balik..aku lambung last2 sangkut atas rambut dia yang kerinting tu...apa lagi..tebako la rambut dia..(hehe..dapat akak pun tak berapa nak cerdik...), dia punya meraung...satu taman perumahan tu boleh dengar..apa lagi..mak aku bertempik la..hmmm..jawabnye aku di denda, tak boleh masuk rumah, kena dok kat luar malam tu...Tapi terima kasih abah, sebab abah balik lambat malam tu lah, cek boleh masuk secara sembunyi2 di belakang abah & terus masuk bilik, tidur...(ehehehe..bijak tak aku...)

Haiii..seronok ingat zaman kanak2 kan..sekarang dah tak macam dulu,mak bapa sekarang tak bagi sangat anak2 keluar main kat luar malam2..usah kata malam, siang pun banyak kejadian yang tak diingini berlaku..bermacam jenis bahaya yang menanti di luar. Mana yang keluar tak balik2, mana yang keluar akhirnya mayat yang dibawa pulang..Bila difikirkan, zaman sekarang sangat mencabar...macamana agaknya zaman anak2 kita nanti??Hmmmmmm...

SELAMAT BERPUASA SEMUA..


Tuesday, 2 July 2013

OLE OLE DARI BANDUNG




Minggu lepas bos2 ofis aku ada trip ke Bandung, Indonesia...Walaupun aku & kawan2 lain x dapat nak terbang sama..tapi bos2 tetap ingatkan anak2 buah yang ditinggalkan..(hehehe...dapat jugak ole2 dari Bandung...besstt..) 

Terima kasih bos2 yang ingat jugak kat kami ni...